» Pra-Juring II

Pra-Juring II – 08
Cabaran 8: Kalau Aku Jadi PM

Tulis satu entri bertajuk “Kalau Aku Jadi PM”.

Kalau Aku Jadi PM

Kalau aku jadi Perdana Menteri. Menteri yang mempunyai kuasa mutlak. Kuasa untuk mengubah segala-galanya. Tutur kata seorang PM yang pasti diangguk dan jarang digeleng. Ini yang aku buat jika aku PM.

Akademi Pentadbir

Aku mahu satu akademi yang melatih bakal pentadbir negara. Akademi unggul yang menjadi impian setiap warganegara. Calon terpilih dari rebung yang bijak akal dan tinggi akhlak. Bukan setakat mengenal teori, yang penting ialah latihan amali. Beri projek saiz kecil atau sederhana dan minta pantau sehingga selesai. Sesiapa yang gagal akan ditendang keluar. Sesiapa yang ditendang akan dikenal sepanjang hayat sebagai manusia yang gagal. Gagal memilih intan. Masa depan suram. Sesiapa yang kekal akan dilantik menjadi pentadbir. Lulus cemerlang. Masa depan gemilang.

Bawah Meja

Aku mahu setiap pentadbir isytihar harta. Harta mereka dan suku sakat mereka. Biar rakyat tahu kenapa mereka kaya. Mengapa mereka berharta. Penerima rasuah akan dihukum mati mandatori. Mati harta. Muflis selama-lamanya termasuk suku sakat mereka. Biar muka mereka dipamer di ruang akhbar agar segenap rakyat jelata mencemuh mengata. Sadis? Kejam lagi mereka yang diberi amanah tapi memutarbelitkannya.

Bijak Geliga

Aku mahu pentadbir yang bijak bergeliga. Bukan setakat petah berbicara. Pandai bermain kata dengan isu yang jenaka. Aku mahu pentadbir prihatin yang tahu masalah rakyat jelata. Tahu masalah dan juga tahu jalan penyelesaiannya.

Cergas Maklumat

Aku mahu pentadbir aku telus dalam menyebarkan maklumat. Hebat memanfaatkan segala wadah yang ada. Rakyat bebas mengadu dengan mudah. Telefon lekas diangkat. Emel pantas dijawab. SMS cepat dibalas. Semua sedia berkhidmat dengan pantas, lekas dan cergas.

Cepat Bertindak

Aku mahu pentadbir aku pantas bergerak. Turun padang meninjau. Marah mereka yang lalai. Buang mereka yang bebal. Puji mereka yang rajin dan bijak bekerja. Aku mahu pentadbir yang lebih cepat bertindak dari wartawan yang sentiasa dahagakan cerita untuk dilagakan di media massa.

Pantau Periksa

Aku mahu pentadbir aku liar mata memantau memeriksa. Meluku kepala anak buah yang lalai dan leka. Setiap projek perlu siap seperti yang dirancang. Tiada lagi alasan semuanya kehendak Tuhan. Tarikh siap di atas kertas perlu sama atau lebih awal dari tarikh siap di atas tanah.

Cantas Malas

Aku mahu pentadbir aku bekerja seperti mereka takut hilang jawatan. Takut gaji dipotong. Takut elaun ditarik. Takut pangkat dibeku. Takut kerana tak bekerja. Takut yang memberi kelebihan kepada rakyat.

Polis Pentadbir

Aku mahu pentadbir aku bekerja keras. Aku perlu periksa kerja mereka. Aku perlu ada polis yang menyamar. Polis aku umpama rakyat biasa tapi ada kuasa. Polis aku akan melaporkan dan aku akan membuat tindakan mutlak.

Kekal Beriman

Aku mahu pentadbir yang kekal beribadah dan nyata beriman. Muslim, kenal sejadah. Kenal imam, bilal dan tok siak. Bukan kenal artis yang galak. Bukan Muslim, sama beribadat mengikut ajaran masing-masing. Tahu hukum hakam. Semua ajaran agama jelas memperincikan tentang kebaikan. Belajar dan amalkan.

450 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 07
Cabaran 7: Wawancara

Blogger-blogger hebat sering diwawancara oleh blogger-blogger lain. Malah, ada yang pernah diwawancara oleh akhbar dan majalah.

Bersama Mystrique

Kenapa pakai nama Mystrique? Dari mana asal-usul nama itu?

Asal nama itu ialah Myst III. Lahir tahun 1993. Nama yang didaftarkan untuk setiap permainan video yang disertai. Bukan terilham dari permainan video alam fantasi, Myst. Niat sekadar untuk kekal misteri, tersembunyi dan tidak dikenali. Nama itu berevolusi menjadi Mystrique. Bukan juga terilham dari manusia mutan yang boleh berubah bentuk, Mystique. Nama itu kekal menjadi wakil aku untuk menyelongkar dunia digital ini.

Bila mula berblog? Macam mana boleh terjerumus ke dunia blog?

Seingat aku, detik permulaan jemari aku menari ialah pada hari ketiga tarikh lahir aku iaitu tepat 11 April 2004. Ketika itu blog aku hanya di Geocities. Seterusnya aku menerima tawaran istimewa dari UstazMalaya yang memberikan hosting percuma selama setahun. Aku belajar merekacipta laman blog menggunakan skrip yang diberi percuma. Macam-macam aku cuba. Selanjutnya aku membeli domain www.mystrique.com. Pelaburan blog aku yang pertama. Sehingga kini, usia blog aku sudah lebih dua tahun hayatnya.

Aku terjerumus kerana aku suka baca kisah manusia. Aku berterima kasih kepada blog MJ, Sera dan Pak Adib. Itu kandungan entri aku yang pertama. Aku suka apa yang mereka tulis dan aku juga ingin jadi seperti mereka. Sejak itu jemari aku mula menari.

Blog macam mana yang kamu suka baca?

Jujur. Aku suka penulisan yang jujur. Walaupun pahit tetapi yang penting adalah kejujuran. Aku kurang baca blog yang menceritakan aktiviti seharian. Tetapi aku akan tertarik untuk baca sekiranya ia menceritakan apa hikmah yang terkandung di sebalik aktiviti seharian itu. Aku suka baca cerita sebegitu kerana aku boleh belajar sesuatu.

Aku suka blog lucu. Aku baca kerana membuat orang lain ketawa adalah suatu yang sangat sukar berbanding membuat orang lain menangis. Aku suka ketawa.

Aku suka blog ilmu. Aku baca blog yang memberikan aku ilmu. Aku lagi suka sekiranya ilmu itu berkaitan dengan apa yang aku minat. Aku sukakan seni lipat kertas, aku baca blog berkenaan Origami. Aku sukakan seni merekacipta, aku baca blog sebegitu. Ada pelbagai ilmu selagi ada manusia yang ingin belajar mengenainya.

Blog macam mana yang kamu tak suka baca?

Aku suka kalau sekali baca aku sudah tertawan. Selalunya pasti mengenai apa yang aku minat. Aku kurang mengikuti dunia hiburan, aku tak singgah blog sebegitu. Aku kurang mengikuti dunia politik, aku tak berhenti di blog sebegitu. Membuat pilihan adalah hak mutlak setiap individu.

Apakah blog-blog ini ada peranan dalam masyarakat?

Blog ada peranan yang sangat besar. Blog menjadi wadah untuk masyarakat meluahkan isi hati mereka. Blog menjadi wakil untuk mereka terus bersuara. Meskipun ketika ini nampak tidak begitu ketara, tetapi akan ada suatu hari nanti blog akan menjadi wadah terpenting untuk masyarakat berbicara dan ketua masyarakat mendengar.

Beberapa perubahan telah dilakukan dalam JURING musim ini. Apakah cadangan perubahan dan komen-komen lain yang ingin kamu kongsikan untuk program JURING musim depan?

Maaf, aku kurang mengikuti perkembangan Juring terdahulu. Tetapi aku amat menyokong usaha ini. Apa yang aku boleh berikan sebagai cadangan ialah;

#1. Pra-Juring.

Setiap permohonan perlu melalui proses penapisan bagi mengekalkan mutu akhir. Aku tahu, proses ini sememangnya sukar jika dilihat dari segi realistiknya tetapi adakalanya kita perlu berkorban dalam mendapatkan yang terbaik.

#2. Pendedahan.

Juring adalah sesuatu yang baru. Pendedahan media massa pasti menaikkan namanya dan sekaligus menarik minat lebih ramai penulis blog untuk turut serta. Aku juga ingin melihat pertandingan ini disertai oleh golongan bukan Bumiputera.

#3. Penajaan.

Pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan kerapkali mengundang hasil karya yang berkualiti. Penajaan khususnya dari pihak yang terlibat secara langsung dengan pembangunan Bahasa Melayu dilihat dapat membantu ke arah meningkatkan lagi kualiti Juring ini.

Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?

Pokok Kelapa. Aku berasal dari kampung. Membesar di perdu kelapa. Melihat kegunaan pokok kelapa. Sepohon kelapa yang berbakti puluhan tahun lamanya dengan setiap bahagian ada gunanya. Aku ingin hidup sebagai manusia seperti sepohon kelapa. Aku ingin manusia lain menggunakan apa yang aku ada. Guna ilmu yang aku ada untuk kebaikan manusia.

Pra-Juring II – 06
Cabaran 6: Tengok Wayang

Ulasan filem juga antara bentuk entri yang popular di blog. Pilih satu filem tempatan tahun 2005. Tulis pendapat kamu tentang filem itu.

Mulakan entri dengan sekeping gambar yang berkaitan.

Batu Buruk

ROCK! Zaman seluar sendat. Rambut kilat ber’Poken’. Skaf emak ikat di lutut. Jalan lompat gagak. Kasut gemuk berderap. Itu zaman kegemilangan aku. Jangan nak tipu kalau nak buat cerita zaman aku.

Aku akui. Aku bukan kaki wayang. Aku bukan pencinta filem Melayu. Aku tak suka menonton aksi pelakon Melayu di layar perak. Aku lebih suka menonton aksi pelakon Melayu di layar nyata. Pelakon opera hidup.

Aku tulis kerana tugasan. Aku tulis gaya aku. Apa yang aku lihat, dengar dan rasa. Aku tonton Rock bukan di panggung. Bukan dari VCD cap tengkorak. Tapi VCD, Video-Copy-Download. Aku bukan pencinta filem Melayu.

Aku berusaha menonton dalam terpaksa. Aku rasa aku akan banyak mengutuk dari memuji. Maafkan aku.

Rimba Bara, sebuah kumpulan muzik Rock dari Trong, Taiping. Bercita-cita tinggi menjadi terkenal separas Search. Seluruh penduduk Trong bertutur di dalam bahasa yang sama dengan penduduk Kuala Lumpur kecuali dua orang penumpang bas yang agak kolot penampilannya. Rockers Trong tak berbahasa ‘gua’ dan ‘lu’.

Jijo, mentor utama yang sering menaikkan semangat ahli kumpulan. Aku suka dialognya yang mempunyai akhiran bunyi ‘hann’ yang disengaukan.

Zack, gitaris utama. Aset terpenting bagi sesebuah kumpulan Rock. Berlatih bersama burung Belatuk yang saiz badannya sering berubah-ubah. Simbolik watak Melayu Pandir yang hanya tahu menurut tanpa menilai.

Kathy, watak gadis belia teman wanita Zack. Lagu Keunggulan Cinta menjadi irama tema percintaan mereka. Aku terpaksa menonton persembahan Rimba Bara menyampaikan lagu ini sehingga habis.

Amy, penyanyi utama bernada tinggi. Amy adalah Rockers Glam-Rock unggul, tapi sayang wataknya mati dipertengahan jalan. Black, pemain dram yang sangat sengau dan berfungsi hanya untuk mencuit pinggang penonton yang bosan.

Pertandingan dibuat di Dewan Hokkien yang sarat bertanglung. Satu lagi unsur simbolik yang aku rasa ramai yang tak peduli apakah maksud disebaliknya.

Ringkas cerita, Zack perlu membuat keputusan antara minat dan kerjaya. Ayah tak suka sehingga tongkat kayu patah tiga. Awek hampir berubah hati. Ada unsur suka, ada unsur duka. Aku tak suka filem Melayu.

Rock ada suntikan filem Forrest Gump dan Rockstar. Aku suka keduanya. Garapan naratif ringkas dan pantas. Penceritaan mudah, lakonan mantap. Emosi penonton dibuai antara suka dan duka. Aku suka filem sebegitu. Aku tak suka filem Melayu.

Aku benci filem ringan yang diberatkan. Mainan simbolik yang terlampau. Siapa sasaran penonton? Siapa yang bakal menonton? Mereka yang ingin berfikir atau mereka yang enggan berfikir.

Aku lebih suka penceritaan mudah yang menyorot kegemilangan zaman rock kapak kangkang 20 tahun yang lalu. Aku mahu sebuah cerita yang menyusur kehidupan seorang Rockers yang sering dipandang hina masyarakat. Kutu haprak yang akhirnya mampu berdiri megah.

Aku impikan sebuah cerita yang mampu membuka mata dan minda bahawa apa sahaja yang diidamkan pasti menjadi kenyataan sekiranya tekun berusaha tanpa mengenal erti jemu. Aku ada cerita itu kerana aku pernah menjadi pelakonnya.

450 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 05
Cabaran 5: Empat Bilion

RM4.4 bilion. Jumlah penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak.

Kerajaan, melalui Biro Pengaduan Awam, meminta pandangan rakyat, ke mana subsidi kerajaan paling sesuai disalurkan:

a) tambah baik kemudahan persekolahan

b) tambah baik kemudahan kesihatan

c) tambah baik perkhidmatan pengangkutan awam

d) tambah baik kualiti bekalan air

e) kegunaan kebajikan awam

Pilih SATU sektor di atas, yang kamu rasa paling kritikal untuk ditambahbaik, dan hujahkan kenapa.

Anjakan Generasi

4 bilion. 4 ribu juta. 4 diikuti dengan 9 angka kosong dibelakangnya. Satu angka yang teramat besar. Satu angka yang mustahil untuk dimiliki oleh setiap orang kecuali orang ini dan mungkin dua tiga lagi rakyat Malaysia. Satu angka besar yang perlu dibelanjakan secara jujur dan telus.

Aku memilih untuk meningkatkan kemudahan pendidikan. Aku mahu taraf sekolah dinaikkan. Aku mahu tenaga pengajar yang berkebolehan. Aku mahu generasi pelapis aku lebih bijak dari generasi sebelumnya. Aku mahu generasi berilmu yang berakhlak tinggi.

Kerajaan perlu menyalurkan subsidi dalam sektor pendidikan sekiranya ingin melihat generasi mendatang lebih bijak dan berjati diri tinggi. Hasilnya, generasi ini mampu mencari jalan mengatasi masalah-masalah lain seperti pencemaran alam sekitar, masalah pengangkutan awam, bekalan air dan sebagainya. Walaupun dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang, usaha ini merupakan kesinambungan dalam meneruskan pembangunan negara mencapai wawasannya.

Subsidi perlu diberikan mengikut keperluan utama. Dana yang disalurkan perlu memberi keutamaan kepada sekolah luar bandar. Sekolah yang ketinggalan. Sekolah bandar mewah. Banyak sumber wang. Ibu bapa pelajar kaya raya, sekolah ada penaja. Aku mahu bantuan diagihkan ke sekolah luar bandar bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan prasarana yang setara.

Sistem pendidikan juga perlu dikaji semula secara keseluruhannya bagi memenuhi permintaan pasaran terkini. Pendidikan perlu berteraskan keperluan pelajar untuk meneruskan cita-cita dan seterusnya menjadi pemimpin dalam wilayahnya. Teras utama pendidikan perlu selaras dengan wawasan negara yang berpandukan kepada permintaan tenaga kerja terkini.

Para pemikir ternama yang mampu melihat corak masa depan perlu dikumpulkan untuk berbincang bersama dan membuat keputusan tepat mengenai sistem pendidikan yang perlu diterapkan kepada para pelajar. Hasil perbincangan dan keputusan akhir perlu disampaikan secara jelas nyata dan difahami sepenuhnya kepada setiap pihak yang terlibat.

Tenaga pengajar yang sedia ada perlu diberi pendedahan lebih meluas berkenaan kaedah terbaik dalam menyampaikan ilmu. Subsidi berbentuk bantuan kewangan untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pasti akan membawa perubahan ketara dari segi corak pengajaran sekaligus mengangkat aras pemikiran yang bakal digarap kepada pelajar kelak.

Pengajaran berbantukan elemen multimedia juga mampu merangsang pancaindera pelajar dan sekaligus meningkatkan tahap penguasaan ilmu. Penggunaan peralatan sebegini perlu diperbanyakkan dan tenaga pengajar juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran ini. Segala kemudahan ini memerlukan satu sistem pengurusan tersusun dan ditadbir secara profesional. Ini adalah untuk menjamin kemudahan yang diberi akan digunakan secara sepenuhnya.

Kemajuan teknologi komunikasi memungkinkan perhubungan pelbagai hala antara sekolah, pelajar dan guru. Kemudahan ini membuka satu saluran bicara yang pasti akan meningkatkan penguasaan ilmu. Projek SchoolNet yang sedang giat dibangunkan akan membuka laluan penting ke arah memantapkan lagi saluran komunikasi ini. Langkah berikutnya ialah mencari wadah untuk komunikasi sebegini digunakan sepenuhnya oleh semua pihak.

Kerjasama semua pihak diperlukan dalam usaha melahirkan generasi yang diidamkan. Perancangan rapi menjamin hasil yang diingini. Wang hanya membantu. Apa yang lebih penting ialah perubahan sikap dan minda.

450 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 04
Cabaran 4 : Untukmu Ibu

Tulis satu entri menyentuh emosi, berkisar kasih sayang/ pengorbanan ibu kamu.

Kasih Tercalar

Putar jarum jam arah melawan. Tahun 2001. Hari konvokesyen. Aku berjaya menamatkan pengajian. Aku layak dianugerahkan segulung ijazah. Aku berjaya bangun dan berlari semula walaupun pernah jatuh tersungkur.

Pagi. Aku gembira melihat riak ceria penuh kesyukuran yang terpancar di wajah insan yang melahirkan dan membesarkan aku. Aku juga bersyukur kerana diberi kelebihan mempunyai keluarga yang sempurna.

Tengahari. Aku terima pelbagai hadiah dari rakan-rakan. Jambangan bunga satu kemestian. Aku juga menerima cenderahati berbentuk bekas kecil dari tanah liat. Comel dan istimewa.

Aku terima hadiah paling istimewa. Ciuman di pipi tanda kesyukuran yang tak terhingga. Ciuman kasih dari emak tercinta. Ciuman yang menandakan aku telah melangsaikan sekelumit hama segala penat lelah emak dan abah membesarkan aku.

Petang. Aku keluar makan beramai-ramai. Meraikan kejayaan mendapatkan sekeping sijil sebagai lesen mencari rezeki di kemudian hari. Makan dan bergembira.

Malam. Aku pulang ke hotel. Aku lihat ayah sudah tidur. Letih dan kurang sihat. Emak belum tidur. Asyik menonton TV. Mungkin juga menunggu kepulangan aku.

Aku dahaga. Aku ingin minum. Aku terpandang sesuatu. Aku lihat ada uncang teh di dalam hadiah bekas tanah liat yang aku dapat siang tadi. Warna teh mencemar hingga ke dasar bekas. Aku terkedu. Lantas aku bertanya angkara siapa. Emak membisu. Mengambil uncang teh perlahan-lahan lalu dibuang. Aku rasa panas. Aku ketap bibir rapat-rapat. Emak dapat merasakan kepanasan itu.

Putar jarum jam arah mengikut. Tahun 2006. Hari ini. Sehingga hari ini aku masih terasa. Aku kesal. Aku sesal. Sebak terbuku di dada. Kejang tersesak di kalbu. Aku masih mampu mengingat peristiwa hitam tercalar itu. Aku gagal memadamkan dari ruang ingatan. Aku gagal menghapuskan dari rusuk hati. Aku bersalah yang teramat sangat.

Apalah nilai sebuah bekas tanah liat jika dibanding kasih emak sepanjang hayat. Apalah  nilai sebuah bekas tanah liat pemberian teman jika dibanding curahan cinta emak sepenuh hati. Apalah nilai sebuah bekas tanah liat jika dibanding kesetiaan emak membesarkan aku.

Sudah berkali aku memohon maaf. Aku dapat rasa emak memaafkan aku. Tapi aku takut. Aku juga bakal menjadi abah. Bakal ada emak yang menjaga anak aku. Aku mungkin bakal menerima nasib yang sama. Emak, maafkanlah anakmu ini. Ampunilah anakmu yang derhaka ini.

350 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 03
Cabaran 3 : Cuti-cuti Malaysia.

Entri “bercuti” dan “jalan-jalan” adalah jenis entri yang popular di blog. Pilih satu destinasi di Malaysia. Ceritakan pengalaman kamu melawat tempat itu. Mulakan entri dengan sekeping gambar yang berkaitan.

Masa Terhenti

Pulau Perhentian. Sesuai dengan namanya, pulau ini telah berjaya membuatkan jarum masa bagaikan terhenti. Pulau yang telah membuka episod baru dalam riwayat hidup aku. Memberi pengalaman indah yang masih segar dalam ingatan hingga kini.

Perjalanan dengan bas dari Pulau Pinang ke Jeti Kuala Besut amat memenatkan dan menjemukan. Tiada apa yang boleh dibuat selain tidur dan makan. Namun setibanya di jeti, segala kebosanan hilang diganti perasaan seronok yang berkobar-kobar.

Aku menaiki bot besar. Perjalanan diserikan dengan panorama lautan yang indah serta rona warna laut yang berubah. Warna hijau jernih, biru gelap dan hitam kelam. Aku lahir dan membesar bertemankan warna kusam Selat Melaka pasti terpegun dengan keindahan warna sebegini.

Setibanya di jeti Pulau Perhentian aku dapat rasakan semua orang terpaku dengan keindahannya. Airnya begitu jernih sehinggakan bot yang berlabuh bagaikan berada di awangan. Ramai yang lantas terjun menikmati kedinginan air. Masih terngiang suara kawan aku berkata. “Wah! Best betul, tapi air masin!”.  Dalam senyum, hati aku berkata, “Memanglah masin, inikan laut.” Mungkin mereka terlalu gembira hingga terlupa bahawa mereka kini berada di sebuah pulau yang dikelilingi Laut China Selatan.

Aku diberi chalet comel. Tandas bersih. Air tawar dipam dari telaga. Elektrik bila mentari beradu. Kehidupan pulau yang serba ringkas. Aku suka begini. Mengapa perlu ada bilik nyaman selesa jika aku ada pantai indah bersama bayu segar?

Seharian diisi dengan aktiviti laut. Pertama kali aku takjub dengan keindahan alam di bawah air. Melihat tarian karang yang gemalai. Menonton persembahan ikan berwarna-warni. Berenang bersama ribuan ikan kecil yang bermain berkumpulan. Sungguh sukar untuk melupakan kenangan indah ini.

Aku berenang perlahan. Terapung dengan penuh kegembiraan. Meneroka segala keluk dan lekuk. Memerhati setiap pergerakan. Merakam setiap warna dan bentuk. Ada sekali aku terkejut oleh gerakan spontan kerang kima gergasi. Aku tergamam lalu tertelan air masin. Sehingga kini peristiwa itu masih kekal dalam ingatan.

Malam kami memancing. Dapat ikan kacang-kacang. Ada kata ikan Barracuda. Aku tak peduli. Aku tak kisah. Kalau bakar, mesti sedap dimakan. Ikan segar dari air laut yang tak tercemar.

Aku pulang dengan penuh kepuasan. Aku berjanji akan datang lagi. Aku harap keindahan ini dapat berkekalan. Pulau Perhentian, nantikan kedatangan aku lagi.

350 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 02
Cabaran 2 : Realiti & Fantasi

Terlalu banyak “rancangan realiti” tempatan bercorak pertandingan nyanyi-nyanyi. Contoh: Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition, Mentor, Bintang RTM. Tulis entri tentang isu ini. Entri kamu boleh bersifat menyokong, menentang, atau neutral.

Realiti Bintang

TV adalah salah satu wadah komunikasi. Bicara satu hala. Penonton hanya lihat dan jilat. Tiada unsur interaktif. Tiada bicara dua hala. Kosong. Penonton tiada apa-apa kuasa.

Rancangan realiti mengisi ruang kosong itu. Penonton diberi kuasa menentukan arah tuju manusia lain. Kuasa mengatur hidup manusia lain. Kuasa untuk mengangkat atau menjatuhkan. Kuasa yang dinantikan oleh para penonton selama ini.

Antara sedar dan tidak, setiap penonton pasti akan dibuai unsur emosi. Air mata menjadi modal meraih simpati. Keceriaan menjadi modal meraih undi. Lunak suara terkabur oleh kebagusan paras rupa. Emosi menjadi penentu hayat para peserta. Bakat mungkin soal kedua.

Penonton disogok dengan episod kehidupan manusia lain. Manusia yang berimpikan bintang. Manusia yang bakal dipuja. Manusia pesona. Penonton diajak mengadili kehidupan manusia lain. Melihat perjalanan hidup manusia lain meneruskan kehidupan. Melihat langkah manusia lain mencari erti kehidupan. Melihat gerak manusia lain mengubah perjalanan hidup.

Satu rancangan pasti melahirkan satu bintang dan beberapa separa-bintang. Lima rancangan akan melahirkan lima bintang dan ramai separa-bintang. Bayangkan proses yang berterusan selama lima tahun. Secara perkiraan matematik yang logik, akan ada puluhan bintang dan ramai separa-bintang di Malaysia. Bintang bersinar, malap dan padam.

Rancangan realiti seharusnya berteraskan budaya setempat. Berlandaskan pegangan agama dan sensitiviti masyarakat umum. Namun begitu, istilah kontroversi dan hiburan berdiri di atas satu titik yang sama. Kontroversi menaikkan nama. Memberi pendedahan yang lebih luas. Membuka mata semua pihak. Sememangnya kontroversi itu amat membantu.

Kuasa sebenar fenomena ini ialah faktor wang. Tanpanya tiada siapa ingin ambil tahu. Tiada siapa ingin mengambil risiko membuat pelaburan. Tiada siapa yang menjadi bintang. Teknologi komunikasi terkini memungkinkan segalanya. Memberi peluang pengusaha meraih keuntungan dari ketulusan penonton membantu bintang kegemaran. Memberi pengusaha keuntungan yang berjuta-juta. Memberi peluang bakal bintang mencipta impian yang berjuta-juta.

Rancangan realiti yang sedia ada terlalu memesong ke arah hiburan. Terlalu melalaikan. Sering terbabas atas nama hiburan. Percikan wang ringgit keuntungan dan desakan emosi penonton sering mencipta biasan. Kabur, pecah dan kelam. Hanya mampu mengangguk setuju menelan semua kesalahan.

Bintang yang lahir bakal menjadi ikutan. Bakal menjadi pujaan.  Bakal menjadi igauan. Bintang itu perlu menunjukkan contoh terbaik. Menerapkan nilai-nilai murni. Nilai seorang manusia bintang. Realiti bintang yang sebenar.

350 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 01
Cabaran 1 : Terkenang Semasa Dulu

Kisah mencuit hati, kenangan zaman budak-budak.

Sekuat Popeye

Aku sudah lupa tarikh kejadian yang sebenar. Aku hanya dapat agak tahunnya sahaja. Mungkin akhir 80an. Otak aku terlalu muda untuk mengingat fakta itu.

Aku masih mampu mengingat peristiwa itu. Peristiwa lucu yang hanya sekarang baru aku tahu kenapa ianya lucu. Aku pasti tersenyum bila  terkenangkan peristiwa itu.

Aku dalam keretapi. Koc kelas kedua atau ketiga. Aku pasti bukan kelas satu. Ada kipas di siling gerabak. Kipas berpusing. Badan kipas berputar. Aku masih ingat lagi bagaimana rupa kipas itu.

Aku bersama keluarga. Ibu, bapa dan kakak. Adik aku belum lahir. Aku rasa aku ke Kuala Lumpur. Aku naik dari Taiping. Aku tak pasti kenapa aku ke Kuala Lumpur. Aku tak ingat.

Keretapi berhenti. Aku lihat ramai orang turun naik tangga keretapi. Aku lihat ramai orang keluar masuk pintu gerabak. Aku lihat ramai orang lalu lalang di tepi aku.

Aku lihat ada orang yang datang menjual barang. Menjinjing bakul sambil terjerit-jerit. “Kuih, kuih”. Suara orang menjual makanan. Aku terhidu bau enak. Aku rasa lapar dan dahaga. Perut aku turut setuju.

Ada orang datang bawa bungkusan. Di dalamnya banyak air tin. Ayah aku tanya. “Nak air?”. Aku angguk. Ayah aku panggil orang itu. Orang itu datang. Orang itu tunjuk bungkusan. Aku pandang sambil meneguk air liur.

Ayah suruh aku tunjuk air tin yang aku suka. Aku tengok lama-lama. Aku nak pilih air yang aku suka. Aku jumpa. Aku tunjuk. Aku suka.

Aku rasa lain. Aku rasa macam aku buat salah. Semua orang terdiam. Ayah diam. Orang itu pun diam. Aku keliru. Aku tak tahu kenapa. Orang itu berlalu pergi. Ayah masih diam.

Aku cuma pilih air tin yang aku suka. Air yang ada gambar cantik. Ada gambar yang aku kenal. Lambang besar di lengan Popeye. Kartun kegemaran aku. Kuat dengan hanya kunyah daun dalam tin. Aku pilih air tin dengan lambang Popeye. Aku pilih air tin dengan lambang sauh.

Baru kini aku faham kenapa mereka terdiam. Aku sudah salah pilih. Aku pilih air arak. Air mabuk. Aku pilih Anchor Beer. Patutlah semua orang diam. Mana aku tahu. Aku cuma suka tengok kartun Popeye. Aku nak minum air Popeye. Aku mahu sekuat Popeye.

350 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II – 00
Cabaran 0 – Siri TV Tempatan

Hujahkan kelemahan dalam sebuah siri TV tempatan dan cadangkan bagaimana pembaikan boleh dilakukan.

Bebal Benar

Rancangan ini sudah lama. Sudah bertahun. Sudah diulang-ulang. Sehingga kini masih kekal. Masih disiarkan. Masih mendapat slot utama. Masih ada episod baru.

Rancangan yang aku maksudnya ialah “Kisah Benar”. Kisah benar yang sungguh benar. Tak tipu. Tak bohong. Semuanya benar. Bebal benar.

Kelemahan ketara rancangan ini ialah promosinya. Sebuah rancangan 30 minit dihancurkan dengan promosi 30 saat. Aku tak perlu lihat keseluruhan cerita. Cukup dengan menonton promosinya sahaja aku sudah tahu apa yang bakal berlaku. Malah melihat tajuknya saja aku sudah dapat menduga apa yang bakal dipersembahkan.

Mungkin aku yang terlalu buruk sangka. Mungkin aku berlagak pandai. Mungkin hanya aku seorang sahaja. Mungkin ribuan penonton lain suka promosi sebegitu. Ceritalah semuanya selama 30 saat untuk ditonton nanti selama 30 minit. Berikan tajuk yang mudah dihadam minda dari tajuk yang membawa erti berganda.

Suka aku mencadangkan agar kisah yang dipaparkan lebih kuat, lebih dalam dan lebih berilmu. Ini cadangan aku. Aku ambil satu contoh. Katakanlah episod berkenaan kehidupan penyeluk saku kanak-kanak.

Versi mereka bertajuk “Penyeluk Saku”. Versi aku bertajuk “Masih Kasih”. Promosi mereka memotong setiap bahagian cerita dari awal hingga akhir untuk dimuatkan dalam masa 30 saat. Promosi aku menyusun bahagian dengan mencari ruang agar penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kesudahan cerita tidak dimasukkan dalam promosi 30 saat. Cerita mereka penyeluk saku mencuri dan akhirnya tertangkap. Cerita aku, penyeluk saku terdesak mencari sesuap nasi. Tertangkap dan dibantu, lalu menjadi manusia berguna.

Aku mahu penonton teruja. Mahu penonton berfikir. Mahu membuai emosi. Mencari erti kehidupan. Kehidupan sendiri dan orang lain.

250 patah perkataan tak termasuk tajuk.

Pra-Juring II
Aku jumpa laman ini. Laman bertarung. Aku suka idea ini. Aku juga suka bertarung. Tapi langkah aku masih sumbang. Aku perlu banyak berlatih. Aku perlu mula berlatih sekarang.

Aku namakan latihan aku Pra-Juring 2. Sebab aku tak masuk Juring 2. Aku baru Pra. Baru Tadika. Baru bertatih mengatur langkah. Terketar-ketar memasang kuda-kuda.

Maaf seandainya aku mengganggu. Aku hanya mahu berlatih. Mengorak tapak membuka gerak. Jurus sumbang langkah gayat.

Aku akan cuba mengikut setiap cabaran. Aku akan cuba mengikut peraturan yang ditetapkan. Aku akan belajar hingga tamat.

Aku tak kisah dengan markah. Aku terima kutukan. Aku terima pujian. Aku masih belajar.