» Pintas

Pintar Pintas 0.9 – Launchy
Aku nak kongsi satu aplikasi yang sangat menarik. Aplikasi yang telah menjimatkan masa serta mengurangkan aktiviti sendi menggerak tetikus. Aku persembahkan aplikasi Launchy – The Open Source Keystroke Launcher for Windows.

Aplikasi percuma ini berfungsi untuk membuka atau mengaktifkan sebarang aplikasi yang telah diinstal di dalam Windows secara cepat dan mudah. Tiada lagi pergerakan tipikal seekor tetikus mencari butang Start dan seterusnya menyelongkar senarai menu yang sarat. Hanya perlu menaip nama aplikasi yang ingin dibuka. Itu sahaja. Dapatkannya di sini.

Pintar Pintas 0.8 – Cara Ikat Tali Leher
Dulu aku pernah jadi pengawas sekolah. Berdiri di barisan belakang semasa perhimpunan. Mata meliar mencari kesalahan orang. Jadi jaga bilik sekolah semasa waktu rehat. Dan jaga tandas untuk kawan-kawan yang hisap rokok. Heh, aku pengawas tapi aku juga seorang manusia. Kawan-kawan kena jaga. Nasib baik aku tak jadi polis.

Pakaian seragam pengawas berbeza. Seluar putih baju biru cair. Lengkap bertali leher. Aku tak pandai ikat. Cuba berkali-kali, gagal dan cuba lagi. Hujung harus menutup pusat, tapi jangan melebihi paras pinggang. Susah sangat. Kalau dah mencapai piawaian, aku tak akan buka lagi. Aku biarkan begitu sahaja dan pakai macam dapat medal menang acara sukan. Dan aku biarkan begitu sepanjang usia persekolahan. Hanya ada satu cara sahaja pakai tali leher. Cara yang itu saja aku tahu. Sehinggalah aku jumpa gambar di bawah ini. Aduh, ada banyak rupanya. Nasib baik aku tak payah pakai tali leher lagi.

Pintar Pintas 0.7 – Duit Google
Ada masanya aku ingin tahu kadar tukaran Ringgit Malaysia dalam nilai matawang negara lain. Mungkin ada benda yang aku ingin beli tapi harga yang tersenarai adalah dalam matawang negara lain. Aku perlu tahu nilainya dalam Ringgit Malaysia agar aku boleh buat keputusan sama ada barang tersebut adalah kemahuan atau keperluan.  Dulu aku selalu rujuk laman XE. Tapi kini tidak lagi.

Aku hanya perlu menaip jumlah dalam MYR (Ringgit Malaysia) untuk ditukarkan ke dalam matawang negara yang diingini. Aku cuma perlu tanya Encik Google. Contohnya untuk menukar RM 1000 ke Rupiah Indonesia, aku hanya perlu menaip carian seperti berikut (mana-mana satu);

1000 MYR in IDR

1000 MYR in indonesian money

1000 ringgit in rupiah

Senang kan? Terima kasih Encik Google. Anda memang hebat!

Pintar Pintas 0.6 – DictionarySearch
Aku pernah tulis mengenai Musang Berapi di sini. Hari ini aku nak tulis mengenai penambahan (extension) yang aku selalu guna. Aku suka guna sebab aku suka buat kerja pintas.

Aku guna penambahan yang diberi nama DictionarySearch. Kalau nak guna, kena ada Musang Berapi. Muat turun penambahan ini di sini dan instal.

Cara guna? Senang saja. Pilih perkataan yang ingin dicari. Klik kanan dan pilih “Search Dictionary for…“. Rujuk gambar di bawah.

Hasilnya, perkataan tersebut akan dicari maknanya dan dipaparkan secara terus seperti gambar di bawah.

Mudah. Sangat mudah. Tak perlu melawat laman dan memasukkan perkataan. Ini baru pintasan sebenar.

Itu cara untuk mencari makna dalam bahasa Inggeris. Bahasa penjajah. Aku nak cari makna dalam bahasa aku sendiri. Bahasa ibunda. Belajar caranya di bawah ini.

Pilih Tools dan seterusnya pilih Extensions.

Pilih DictionarySearch dan seterusnya klik Options.

Pada ruang Dictionary 3, masukkan parameter berikut:

Text: Cari makna untuk perkataan “$”

URL: http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=$

Simbol “$” mewakili perkataan yang dipilih. Seterusnya klik OK dan pilih untuk keluar dari tetingkap Extensions.

Untuk menggunakan penambahan tersebut, pilih perkataan yang ingin dicari maknanya, klik kanan dan pilih “Cari makna untuk perkataan…“

Hasilnya akan dipaparkan di laman rasmi milik KaryaNet. Mudah. Sangat mudah. Sebarkan kepada umum.

Pintar Pintas 0.5 – Firefox
Aku mula berjinak-jinak dalam dunia pengkomputeran sejak dari tahun 1991 iaitu ketika masih di peringkat sekolah menengah. Hampir mencecah 15 tahun. Satu jangka masa yang sungguh lama. Lama sudah rupanya aku ada dalam dunia komputer.

Aku dah rasa hampir kesemua generasi komputer. Lama dan baru. Adakalanya aku tersenyum bila mengingat sejarah silam. Sejarah yang tidak begitu lama. Hanya bertahun, bukan beratus tahun. Sejarah silam ketika perkataan komputer masih jarang disebut orang. Ketika komputer disangka sepupu kalkulator. Ketika tetikus masih dijodohkan bilangannya dengan seekor.

Aku pernah guna komputer klasik yang comel. Komputer klasik dengan paparan huruf berwarna hijau terang berlatarbelakang warna hitam. Tiada cakera keras. Tiada grafik berwarna pelangi. Tidak mesra-pengguna. Perlu hidupkan komputer dengan disket. Disket besar bersaiz 5.25 inci. Disket nipis yang boleh lentur. Cakera liut sebenar.

Aku berjinak dengan dunia Internet seawal tahun 1995. Aku kenal apa itu emel. Kenal apa itu pelayar web. Kenal macam-macam. Ramai juga rupanya manusia di dunia ini. Aku jumpa macam-macam perkara. Aku jumpa macam-macam ragam. Aku jumpa macam-macam orang.

Pelayar web juga ada macam-macam. Dulu aku guna Internet Explorer. Pernah juga guna Netscape, Opera dan Neoplanet. Semua aku pernah cuba guna. Tetapi pelayar terakhir yang aku cuba telah menyebabkan aku tergoda. Tertawan sehingga ke hari ini. Pelayar Mozilla Firefox. Aku terpaku dek godaan Sang Musang Berapi.

Pelayar ini memberikan pelbagai kemudahan untuk orang pemalas seperti aku. Ada pelbagai pintasan yang aku boleh guna. Ada program tambahan (extension) yang percuma. Aku akan tulis lagi berkenaan extension yang aku guna. Hari ini aku hanya ingin menulis mengenai Sang Musang Berapi.

Aku suka fungsi “tabbed browsing”. Kalau IE, aku terpaksa buka banyak tetingkap untuk setiap laman. Musang Berapi cuma perlu buka satu dan banyak tab. Jimat ruang, elak semak can selerak. Ada juga fungsi carian terbina-dalam (Integrated Search) yang membolehkan aku membuat carian tanpa perlu pergi ke laman utama enjin carian. Sangat memudahkan.

Aku juga dapat rasakan perbezaan dari segi tempoh mengunakan pelayar ini berbanding pelayar yang sebelumnya. Lebih banyak maklumat dapat aku kutip melalui penggunaan pelayar ini. Lebih laju dan lebih ringkas. Lebih cepat dan lebih mudah. Aku suka benda lebih-lebih.

Ada pelbagai perkara menarik yang sukar untuk aku ceritakan satu persatu. Cubalah. Mungkin anda juga akan tertawan dek godaan Sang Musang Berapi. Nanti aku tulis lagi pasal saudara-saudaranya yang lain.

Pintar Pintas 0.4 – ASAP Utilities
Tugasan aku diselubungi dengan persekitaran yang memerlukan pengolahan data. Data yang bakal ditukar menjadi maklumat. Data mentah perlu diolah menjadi maklumat yang mampu ditafsir dengan mudah oleh seorang manusia. Aku diberi tugas untuk memudahkan kerja manusia lain. Aku menelan data mentah untuk dikeluarkan semula dan dijamu kepada orang lain. Mulianya kerja aku. :P

Aku menggunakan Microsof Excel untuk mengolah data mentah. Sudah sekian lama aku guna. Sudah banyak aku tahu. Sudah banyak aku faham. Aku suka guna perisian ini. Mudah dan ringkas.

Namun begitu masih ada kekurangannya. Aku perlu sesuatu. Aku pemalas. Aku perlu mencari pintasan untuk memudahkan kerja aku. Aku tanya Encik Google. Dia jawab. “Wahai manusia, gunalah perisian sampingan ini. Namanya ASAP Utilities. Jangan risau, komputer anda tidak akan berasap.” Aku terus mendengar dengan teliti. “Percuma sahaja, ia bukan Ahmad Albab yang punya. Ha ha ha haaa…”. Aku terus ke sini, muat turun dan guna. Kalau ada masalah, boleh rujuk di sini. Aku sendiri terpaksa instal secara manual. Aku baca arahannya di sini.

Aku amat berpuas hati. Aku berterima kasih kepada tukang tulis kodnya. Kerja anda amat disanjung oleh pemalas seperti aku. Terima kasih yang tak terhingga.

Pintar Pintas 0.3 – Perangkap Tikus
Aku suka idea yang ringkas. Pintasan yang pintar. Aku jumpa satu laman yang bagi idea pintar pintas. Aku jumpa laman ini. Cara menangkap tikus tanpa perangkap. Cuma aku rasa kena ubah suai sedikit.

Aku Melayu. Aku Islam. Orang Melayu Muslim tak pakai kertas tandas. Untuk membuat gelung kertas berbentuk selinder terpaksa gulung sendiri. Boleh pakai kertas tebal atau manila kad. Gulung sehingga membentuk selinder dan ratakan satu bahagian bagi membolehkan ianya terletak dengan elok di atas meja.

Aku Melayu. Rakyat Malaysia. Tikus warganegara Malaysia suka makanan Malaysia. Umpan yang paling baik aku rasa ialah lebihan ikan goreng atau makanan yang berbau enak. Aku pernah dengar petua umpan tikus dengan isi kelapa yang dibakar sehingga menerbitkan bau harum semerbak. Aku belum cuba lagi umpan sebegini.

Letak umpan di sebelah hujung selinder tadi dan imbangkan di atas meja. Pastikan agar sebarang perubahan berat akan menyebabkan selinder tersebut jatuh ke bawah.

Gunakan bekas yang tinggi. Tinggi yang menyukarkan tikus melompat. Bekas yang licin di dalamnya. Licin yang menyukarkan tikus memanjat. Aku rasa tong sampah atau bekas yang bersesuaian boleh digunakan. Buat ujian bagi mengenalpasti lokasi kejatuhan yang tepat bagi meningkatkan kejituan perkakasan perangkap.

Setelah tikus diperangkap, tibalah masa yang paling sukar dan menyayatkan hati buat mereka yang berjiwa seni dan lemah. Masa untuk tikus mati. Ada bermacam cara untuk membunuh tikus.

Cara pantas. Ketuk dengan cangkul atau kayu.

Cara lambat. Rendam dalam air.

Cara sadis. Siram dengan air panas.

Cara pencinta haiwan. Lepaskan ke kawasan perumahan yang berada 20 kilometer dari rumah anda. Heheh…

Pintar Pintas 0.2 – Susunan Nama
Aku tak pasti macam mana orang lain susun maklumat. Aku susun mengikut cara aku sendiri. Cara yang aku rasa paling senang nak cari balik. Cara paling mudah. Cara yang aku suka. Aku suka cara aku.

Aku susun nombor dalam telefon aku mengikut kumpulan. Aku kumpulkan mengikut kriteria tertentu. Aku lagi senang cari kalau dalam kumpulan. Senang untuk aku pintas. Mudah untuk aku guna fungsi carian yang telah tersedia dalam telefon. Tak perlu tergigil-gigil ibu jari menekan butang.

Kekaburan pada sebahagian gambar di atas adalah disengajakan. Jangan betulkan monitor komputer anda. Kesulitan amat dikesali. Model telefon yang digunakan adalah dari jenama Nokia model 6610.

Untuk nombor yang paling kerap aku guna, aku mulakan dengan huruf paling awal. Aku guna AB (ehem, ehem). Kenapa? Sebab, setiap kali aku nak guna aku tak perlu tekan butang banyak kali. Sekali tekan butang sudah cukup untuk aku berhubung dengan  (ehem, ehem).

Maklumat seterusnya aku letak nombor akaun bank. Akaun Bank!? Kenapa, tak percaya ke? Aku letak maklumat tu ada dua sebabnya. Pertama, untuk mengelakkan aku terlepas hantar SMS jiwang kepada orang yg tak sepatutnya. Ada kemungkinan yang besar untuk aku tertekan salah butang yang mungkin menyebabkan orang lain yang menerima SMS dan aku yang akan menerima malu. Jadi adalah lebih baik aku simpan nombor yang bukan nombor telefon selepas dari nombor (ehem, ehem).

Sebab kedua ialah aku jarang tinggalkan telefon. Telefon aku pasti ada bersama.  Satu-satunya peralatan elektronik yang aku sentiasa bawa. Aku bawa kemana-mana sahaja. Justeru itu sudah tentu lebih mudah untuk aku simpan kesemua maklumat penting yang berkaitan. Penting di sini adalah dalam erti kata berisiko rendah. Jangan pula simpan nombor PIN akaun ATM anda dan susun dalam kumpulan PIN. Memang nak cari nahas la kalau buat macam tu. Kalau telefon hilang, dengan duit-duit dalam bank sekali hilang. Gunalah akal sebaik-baiknya.

Aku susun mengikut kumpulan kawan yang paling ramai. Selalunya kawan ni mengikut lokasi atau tempat belajar. Aku namakan kumpulan ini bermula dengan dua atau tiga awalan huruf. Contohnya aku bekas pelajar UKM, oleh itu aku ada satu kumpulan UKM dalam telefon aku. Aku kumpulkan kesemuanya dengan awalan huruf “UKM”.

Apa yang aku perlu buat ialah gunakan fungsi carian dan taip huruf pertama terlebih dahulu, contohnya untuk aku mencari nombor kenalan dari UKM, aku perlu taip huruf “U” dan telefon akan menyenaraikan kesemua nombor yang bermula dengan awalan “U”. Seterusnya aku cuma perlu meneliti satu persatu nombor rakan yang aku ingin panggil. Senang. Sangat senang.

Aku juga ada kumpulan mengikut tempat kerja, keluarga dan lain-lain. Untuk keluarga aku gunakan awalan huruf “MY”. Jadi mudah untuk aku mencari nombor pakcik, makcik, sepupu, dua pupu dan sebagainya. Cara sebegini menjimatkan masa aku dan mengurangkan kehausan sendi ibu jari aku.

Aku yakin ada cara lain yang lebih baik tapi setakat ini aku rasa selesa dengan cara sebegini. Aku senang dengan cara yang senang ini.

Pintar Pintas 0.1 – KeyTweak
Aku suka memintas. Cara pintas. Cara paling cepat untuk menyelesaikan kerja tanpa mengorbankan kualiti akhir. Aku ada bermacam cara memintas. Aku memintas sebab aku pemalas. Aku mahu jadi pemalas pintar pintas.

Setiap hari aku mengadap komputer. Mata aku mesra skrin monitor. Jari aku mesra papan kekunci. Tangan aku mesra tetikus. Bukan tikus. Aku sememangnya pasangan sejoli komputer. Pasangan bahagia. Tapi aku masih ingin memintas. Ada beberapa perkara yang aku tidak suka dengan komputer aku. Aku perlu buat sesuatu.

Aku tak suka kekunci F1. Kekunci bantuan. Kekunci yang kalau ditekan akan memaparkan laman bantuan. Aku tak suka sebab aku malas menunggu. Aku perlu tunggu laman yang aku tak sengaja buka. Masa aku terbuang kerana terpaksa menunggu sesuatu yang aku tak sengaja. Tertekan. Aku sunguh tak suka.

Seperti biasa, aku menggoogle. Encik Google menjawab pantas. Gunalah perisian percuma ini. Namanya KeyTweak. Muat turun perisian ini  dan guna dan berterima kasihlah kepada pengarangnya, penciptanya dan penulis kodnya yang telah memberikan perisian ini secara percuma.

Aku guna perisian ini untuk menukar fungsi F1 kepada fungsi delete. Jadi aku pintas kekunci F1 yang sering mencuri masa aku dan gantikan dengan kekunci delete yang terletak jauh tersorok ditengah-tengah kekunci lain. Kekunci yang dahulunya terlindung kini lebih senang untuk dikesan dan diguna. Aku hanya perlu guna jari hantu tangan kiri untuk mencapainya. Tiada lagi gangguan skrin bantuan yang aku tak sengaja tekan. Sekarang baru aku suka.

Aku ada banyak lagi cara memintas. Aku akan kongsi semuanya di sini. Nantikan Siri Pintar Pintas yang seterusnya. Nantikan semuanya.