Category: Pintas

Aku nak kongsi satu aplikasi yang sangat menarik. Aplikasi yang telah menjimatkan masa serta mengurangkan aktiviti sendi menggerak tetikus. Aku persembahkan aplikasi Launchy – The Open Source Keystroke Launcher for Windows.

Launchy

Aplikasi percuma ini berfungsi untuk membuka atau mengaktifkan sebarang aplikasi yang telah diinstal di dalam Windows secara cepat dan mudah. Tiada lagi pergerakan tipikal seekor tetikus mencari butang Start dan seterusnya menyelongkar senarai menu yang sarat. Hanya perlu menaip nama aplikasi yang ingin dibuka. Itu sahaja. Dapatkannya di sini.