Aku nak buat bancian. Buat bancian untuk menjejak. Jejak Kasih dan Jejak Kasihan. Aku rasa aku ada ramai kawan. Tapi itu cuma perasaan aku semata-mata. Tak termaktub secara black & white. Aku kena buat bancian. Banci berapa ramai kawan aku. Berapa ramai yang masih hidup dan masih mati.
Sebelum ni ada berderet-deret cerita pasal kroni, tu semua dalam proses bancian la tu. Maaf sebab tak semua orang boleh tengok, terhad untuk individu terpilih sahaja.

Kalau ada sesiapa yang rasa kawan aku, dia boleh hubungi aku untuk mendaftar sebagai kroni. Tak kisah kawan yang macam mana, kawan menangis ataupun kawan ketawa. Aku berkawan dengan semua. Kalau nak berkroni, sila isi ruangan di bawah dan hantar.
