» Iman

Sepuluh Akhir
Peperangan semakin tiba dikemuncaknya. Kebanjiran tentera pada malam perang yang pertama sangat mengujakan. Tetapi sayang, barisan tentera semakin berkurangan. Apatah lagi tatkala dilaungkan untuk menyerang kali ke sembilan daripada dua puluh siri serangan, barisan tentera gugur lebih separuh. Mungkinkah kelebihan sepuluh malam perang terakhir ini bakal menyaksikan suatu keajaiban?

Virus Benci
Surah Ar-Ruum, ayat 41;

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Semalam aku menonton sebuah kisah benar. Kisah hidup seorang manusia di benua berbeza. Pengalaman seorang manusia menempuh satu perjalanan yang sukar. Kisah yang diabadikan dalam filem Hotel Rwanda. Aku sangat tersentuh. Hati aku menangis.

Aku bersyukur kerana sehingga kini aku masih lagi belum diuji sedemikian hebat. Belum lagi dihujani dugaan sedemikian gelap. Belum dibebani rasa resah sedemikian pekat. Aku rasa aku tak mampu. Aku rasa aku tak kuat. Aku rasa aku lemah. Aku tak daya.

Virus benci. Virus paling bahaya. Virus yang sukar diubat. Virus yang sukar dilihat. Virus yang paling bahaya. Virus yang ada dalam diri setiap manusia.

Kisah benar di Rwanda ini membuktikan kewujudan virus ini. Virus yang meracuni akal dan membakar nafsu. Virus benci. Virus yang mampu mencabut hampir sejuta nyawa rakyat Rwanda hanya dalam masa 100 hari. Pelajari bagaimana virus ini merebak di sini.

Aku ada pelbagai lagi petunjuk yang membuktikan kewujudan virus benci ini. Nantikan kisah aku lagi.

Giliran Tiba
Minggu lepas aku jumpa lembaga. Satu lembaga yang sangat besar dan kaya raya. Banyak duit. Aku jumpa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Aku ada urusan di situ. Ada bayaran perlu aku langsaikan.

Bukan pertama kali aku pergi ke situ. Aku pernah singgah sebelum ini. Namun untuk memudahkan urusan, langkah pertama yang aku ambil ialah ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.

Aku diberikan penerangan yang ringkas dan padat. Aku faham. Aku akur. Aku diberi nombor giliran. Aku perlu tunggu sehingga nombor giliran aku tiba. Aku tunggu dengan sabar. Ramai orang lain sedang menunggu dengan sabar. Nombor aku dipanggil. Aku ke kaunter dan menyelesaikan urusan. Aku perlu ke kaunter lain untuk urusan yang lain. Aku perlu mendapatkan nombor giliran lain. Aku ke kaunter nombor giliran.

Ini nombor giliran yang aku dapat. Aku dapat tiga salinan. Aku lihat nombor aku terpapar di skrin. Aku terus menyerahkan dokumen di kaunter yang diarahkan. Dua salinan diambil, satu aku pegang. Aku perlu tunggu dokumen tersebut diproses. Aku kena tunjuk nombor giliran aku bila dokumen aku sudah siap. Aku rasa aku terpaksa tunggu lama. Aku perlu tunggu dengan sabar.

Aku masih menunggu. Aku lihat sekeliling. Ramai orang sedang menunggu dengan leher tegak dan mata terpaku di skrin tempat nombor dipaparkan. Ramai yang capang telinga mendengar suara yang dilontarkan. Mereka semua seperti aku. Menunggu giliran tiba.

Aku masih menunggu. Aku mendengar dengan teliti. Terlalu banyak nombor yang disebut. Terlalu kalut untuk diproses. Terlalu laju untuk dilihat. Mungkin terlalu ramai orang. Mungkin terlalu banyak dokumen perlu diproses. Mungkin aku yang tak biasa dengan suasana kalut sebegini. Telinga aku rasa berdengung dan berdesing. Aku masih perlu menunggu.

Aku perhati nombor giliran di tangan aku. Aku terbayang sesuatu. Sesuatu yang aku perlu takut. Aku terbayang sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Aku terbayang hari berkumpul. Hari semua manusia berkumpul beramai-ramai. Hari pengadilan. Hari semua manusia diadili berdasarkan apa yang telah dibuat sebelum ini. Hari giliran tiba. Hari semua manusia berkumpul dan  menunggu untuk diadili bagi menentukan hukuman yang bakal diterima. Aku jadi risau. Aku jadi resah. Aku jadi takut. Aku tak tahu bila giliran itu bakal tiba. Aku lebih takut bila membayangkan apa yang bakal aku terima.

Aku harap aku mampu menghadapinya. Aku harap aku diberi kekuatan  untuk menanganinya. Aku perlu bersedia sekarang. Aku perlu mula sekarang. Saat ini. Aku yakin giliran aku pasti akan tiba.

Jenaka Celaka
Sehingga kisah ini ditulis, masih heboh diperkatakan mengenai lukisan karikatur yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Lukisan hasil karya karikartunis dari Eropah. Dari negara Denmark. Negara  kafir totok.

Hasil air tangan karikartunis yang jahil mengenai Islam. Atau buat-buat jahil.  Mungkin juga ada niat yang tersembunyi. Niat jahat yang dirancang rapi. Mungkin satu provokasi. Melaga-lagakan. Memberi gambaran songsang. Menjatuhkan martabat agama. Menaikkan amarah umat Islam seluruh dunia.

Mungkin juga tidak sengaja. Tidak prihatin dengan sensitiviti agama. Niat ingin berjenaka. Jenaka seorang karikartunis yang kehabisan idea. Jenaka yang terlampau. Jenaka yang mengundang musibah. Jenaka yang akhirnya membawa celaka.

Karya kecil itu akhirnya tersebar ke seluruh dunia. Gempar satu dunia. Gelegak satu dunia. Gegar satu dunia. Satu tindakan yang sungguh tidak beradap. Tiada etika. Tindakan atas nama kebebasan bersuara. Bebas untuk menulis apa saja. Bebas untuk melukis apa saja. Bebas untuk berbuat apa saja. Bebas cara mereka.

Ini adalah nama-nama sebahagian dari karikartunis itu. Tangan merekalah yang melukis jenaka celaka itu. Celakalah ke atas mereka.

Karikartunis yang bodoh. Karikartunis yang jahil. Editor yang jahil. Editor akhbar yang melantun-lantun ganda kebodohannya. Kejahilan yang melimpah-ruah.

Negara itu ego. Tidak sensitif. Tidak mahu mengaku salah. Tidak mahu meminta maaf. Gagal menghormati hak jiran. Jiran yang berkongsi satu udara, air, dan tanah. Mereka sombong. Mereka pentingkan diri sendiri. Mereka berlagak. Orang berlagak bukanlah orang yang baik.

Aku tak hormat jiran sebegitu. Biarlah mereka dengan labu-labu mereka. Aku tak akan membantu jiran sebegitu. Aku benci jiran sebegitu. Aku tak akan suka jiran sebegitu. Selamat tinggal wahai jiranku yang sangat jahat.

Aku tak akan beli barang keluaran jiran yang jahat. Aku boleh rujuk barangan keluaran mereka di sini:

www.danishexporters.dk

www.danishexport.com

Ini adalah produk kebanggaan jiran yang jahat itu. Produk yang dipasarkan ke seluruh dunia. Jangan beli produk ini.

Arla Foods – Produk tenusu

Bang & Olufsen - Produk audio video

Cabinplant – Produk makanan

Carlsberg – Air kencing syaitan

COWI – Perunding pembinaan

Danfoss – Produk teknologi domestik

Danisco – Produk pengawet makanan

Danish Crown- Produk najis berat

Danske Bank – Perbankan

Grundfos – Produk pam

HEMPEL – Produk besi & keluli

J. Lauritzen – Industri perkapalan

LEGO – Produk permainan kanak-kanak

Le Klint – Produk hiasan dalaman

A.P. Moller – Maersk – Industri perkapalan

Nodea – Perunding kewangan

Novo Nordisk – Produk perubatan

Oticon – Produk alat bantu pendengaran

Post Danmark – Produk pos

TDC – Produk telekomunikasi

VELUX – Produk pembinaan

Vestas – Produk janakuasa angin

Aku dapat beberapa mesej menyatakan produk dari negara Denmark juga boleh dikenalpasti melalui nombor yang tertera di barcode produk tersebut. Aku tak terus setuju. Aku sahkan dulu. Ini yang aku jumpa. Baru sekarang aku setuju.

EAN – 13

Sistem kod yang sering digunakan untuk pengenalan produk dan digunakan di pasaraya terkemuka seluruh dunia.

Senarai kod negara pengeluar

Kod Denmark ialah 57.

Panduan Membaca Barcode

Cara membaca kod EAN – 13. Digit pertama & kedua adalah kod negara pengeluar. Sila amati dan kenalpasti agar produk yang dibeli tidak bermula dengan kod 57. Sila rujuk penerangan bergambar di bawah.

Info Tambahan

Berikut aku senaraikan beberapa link berkenaan isu ini, ada diantaranya yang aku dah simpan dalam bentuk pdf.

Denmark refuses to apologize over Prophet cartoons

Denmark PM rejects apology demand

Danish Muslims Accept Cartoon Apology

Muhammad cartoons: a timeline

Udland Jyllands-Posten – Chronology

Udland Jyllands-Posten – The story behind the drawings

Udland Jyllands-Posten – The editor’s dilemma

Udland Jyllands-Posten -The editor and the 12 cartoons

Hanya satu artikel dijumpai yang menyatakan Denmark meminta maaf. Permohonan maaf kerana menyebabkan beberapa orang yang diantaranya terdiri dari 20 orang Yahudi diekstradisi ke German ketika Perang Dunia ke 2. Sila baca di sini. Aku menunggu permohonan maaf yang serupa dari negara itu untuk isu jenaka celaka ini.

Genap Sepuluh
Hari ini adalah antara hari bersejarah dalam Takwim Islam. Hari ini genap 10 Muharram 1427. Sudah sepuluh hari di dalam tahun baru. Hari ini hari Asyura.

Berikut disenaraikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah berlaku pada hari tersebut. Maklumat ini dipetik dari WikiPedia

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan ‘Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit