Datuk Sharukh. Aku sangat-sangat teramat sangat yang terlalu amat tidak bersetuju. Aku tak setuju dia dapat pangkat itu. Aku tak setuju. Aku ulang aku tak setuju. Aku nak cadangkan orang lain. Aku nak cadangkan orang yang lagi hebat. Lagi dikenali ramai. Yang akan mengangkat taraf industri pelancongan negeri Melaka ke peringkat yang terlalu amat tinggi hingga ke langit ke tujuh belas.

Aku nak cadangkan orang orang lain. Aku cadangkan Sanjaya Malakar. Kenapa? Sebab dia hebat. Dia dikenali jutaan manusia dunia. Peserta American Idol terulung. Terkenal dari mukim Segambut hinggalah kampung kecil wilayah Nagorno-Karabakh! Hebat tak terkira. Sangat-sangat hebat. Apatah lagi nama dia sendiri ada iras-iras ejaan Melaka-Malaka-Malacca. Jadinya, lebih baik lantik dia jadi duta negeri Melaka, bagi gelaran Datuk atau Tan Sri, atau bagi terus jadi warganegara, mana-manalah. Aku cadangkan slogan baru untuk kempen pelancongan negeri Melaka, Ingat Malakar, Ingat Melaka. Sekian.

Zakat fitrah jangan lupa bayar!

ALOR STAR - Kenaikan tiket bas ekspres eksekutif akibat kenaikan harga tambang dari Alor Star ke Kuala Lumpur antara RM30 kepada RM40 sehala tidak menjadi kesalahan.

Ini kerana harga siling baginya masih di bawah RM82.50 seperti yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Jaffar Mohamad berkata, dengan penjelasan ini, pihaknya berharap ia dapat menyelesaikan kekeliruan penumpang bas ekspres yang sering membuat aduan tentang kenaikan harga tambang oleh syarikat bas ekspres baru-baru ini.

Bagaimanapun menurutnya, penumpang boleh membuat aduan sekiranya mendapati harga tiket bagi bas bukan eksekutif memuatkan 40 tempat duduk dijual melebihi RM30.05 sehala bagi perjalanan dari Alor Star ke Kuala Lumpur.

“Harga siling perjalanan sehala dari sini (Alor Star) ke Kuala Lumpur yang melibatkan bas 40 tempat duduk masih di bawah RM30.05 manakala bas yang menyediakan 30 tempat duduk (eksekutif) pula ialah RM82.50 ke bawah.

“JPJ mendapati penumpang di Terminal Bas Shahab Perdana terkeliru dengan harga tambang memandangkan mereka tidak mengetahui harga siling tambang bas yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP),” katanya pada sidang media di pejabat JPJ di sini semalam.

Jaffar berkata, syarikat bas ekspres masih boleh menaikkan tambang bagi bas eksekutif kerana tambang yang dikenakan sebelum ini di bawah harga siling yang ditetapkan.

Jelasnya lagi, bagi harga siling bas eksekutif untuk perjalanan sehala dari Alor Star ke Johor Bahru ialah di bawah RM137.70 dan bas ekspres bukan eksekutif pula di bawah RM53.95 seorang.

“Harga tambang yang baru itu selalunya sering ditetapkan pada musim perayaan dan cuti sekolah,” ujarnya.

Begitupun, beliau memberitahu, syarikat bas ekspres juga dinasihatkan supaya tidak menaikkan harga tambang bas sesuka hati kerana JPJ sentiasa memantau harga tambang bas pada setiap masa.

kutip dari : jiwang

Kepalahotakkaujambul!

Bas Durian Burung Mahal

Tiket sehala dari Changlun ke Hentian Puduraya, Kuala Lumpur oleh bas Durian Burung dikenakan bayaran RM 48.00! Empat puluh lapan ringgit Malaysia! Satu angka yang aku tak dapat terima. Mahal yang amat sangat. Cuba bandingkan dengan jarak perjalanan yang sama, aku beli tiket sehala dari Hentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Changlun cuma dikenakan bayaran RM 35 oleh syarikat bas AB Ekspress.

Kenapa ada perbezaan sehingga RM 13 walaupun jaraknya sama? Sebab basnya dua tingkat kah? Sebab pemandu dan kelindannya mahal senyuman kah? Sebab aircondnya bunyi macam taufan kan? Sebab sejuknya macam stor simpan ikan di jeti nelayan kah? Sebab kerusinya busuk macam tong sampah kah? Sebab tirainya kotor macam kain buruk gerai tepi jalan kah? Sebab apa? Sebab apa wahai Durian? Sebab apa wahai Burung?

Kalau pada tarikh 3 Ogos 2008 harganya sudah mencecah RM 48, apakah pula harganya menjelang hari raya kelak? KERAjaan yang masih lagi berkuasa sekarang sudah bersetuju untuk menaikkan tambang bas, jadi bayangkan lah.

Perlukah aku buat aduan? Perlukah aku buat rungutan? Perlukah aku gatal jari hantar semua aduan dan rungutan. Perlukah? Buat aduan dan tunggu? Merungut dan tunggu? Tunggu dan tunggu. Tunggu dan jadi tunggul. Aku rasa menteri yang dipertanggungjawabkan ada banyak lagi kes yang perlu difikirkan contohnya bagaimana untuk mencari jalan mendapatkan lebih duit atau bagaimana nak mencari duit lebih atau cara untuk cari duit banyak-banyak. Aku fikir lah. Aku tak dapat nak fikir benda lain selain dari perkara yang aku fikirkan itu. Aku pun tak kenal menteri apa yang jaga bahagian tambang bas. Lain lah kalau aku jumpa menteri tu naik bas sekali dengan aku dan duduk sebelah kerusi nan busuk dengan air cond bising maha sejuk tu.

Mimpi je lah. Ptuish!

Dan aku masih perlu naik bas lagi. Walaupun masih ada bas yang sezalim syarikat Durian Burung tapi aku tiada pilihan. Atas dasar Melayu Boleh buat apa sahaja bak semangat Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim, aku buka fail siasatan. Pertama aku google keyword Durian Burung. Ini yang aku jumpak

Kertas siasatan belum ditutup lagi. Tunggu kisah selanjutnya walaupun mungkin bakal mengambil masa yang agak lama seperti mana kes Altantuya.

Berita Terkini

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar ada blog.

Rujuk bahagian komen untuk entri ini.

http://nohomar.blogspot.com/2008/08/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-mecd.html

Aduan sudah dihantar. Lewat Ogos lalu.

Masih dalam siasatan. Sehingga kini.

Siasatlah lagi.