Hari Sabtu lepas aku berkunjung ke suatu pesta. Pesta keramaian. Ramai orang berkunjung. Ramai orang berkerumun. Ramai orang berpesta. Aku juga ingin berpesta seperti mereka.
Aku ke pesta ini.

Aku bangga kerana masih ramai saudara sebangsa aku yang mengunjungi pesta ini. Masih ramai yang dahagakan ilmu. Aku bangga yang teramat bangga. Namun begitu aku sedikit terkilan. Gerai menjual novel lebih meriah berbanding gerai menjual buku ilmiah.
Aku terperasan sesuatu. Di suatu gerai yang berwarna-warni. Setiap tajuk novelnya wajib ada dua perkataan hikmat ini. “Cinta” & “Kasih”. Aku kagum melihatkan kepelbagaian makna yang mampu dicipta dari dua perkataan itu. Segalanya berkisar mengenai cinta dan kasih. Unsur emosi sejagat. Ilmu bercinta sememangnya tak pernah luntur. Ilmu bercinta sememangnya mampu memberi keuntungan. Cinta kekal lumayan.
Aku terus ke gerai ini.

Aku belek dan belek. Aku pilih dan pilih. Aku belek, pilih dan bayar.
Ini yang aku beli.

Aku perlu belajar kembali. Mengenali erti dan makna. Meneroka seni dan segi. Menghargai keindahan dan kecantikan. Belajar mengenal bahasa aku. Belajar Bahasa Melayu. Bahasa aku yang semakin layu. Aku perlu belajar untuk mengubah layu kepada mekar. Aku perlu belajar kembali.
Aku terpaksa merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mencari penggunaan istilah ‘ke’ atau ‘kepada’ yang tepat bagi ayat layu kepada mekar. Muka surat 259. ‘Kepada’ digunakan untuk menyatakan perubahan keadaan. Aku belajar sesuatu.
Aku jarang menonton drama TV Melayu. Aku gagal untuk melihat pengajaran dari drama-drama bangsa aku. Unsur emosi dipermainkan sehingga kadang-kadang melebihi logik akal. Bahasa yang digunakan kadang-kadang melangkaui kaedah pertuturan biasa.
Aku juga anti drama Melayu mewah. Terlampau mewah. Mewah yang melantun-lantun. Bukan aku cemburu, tapi aku rasa drama sebegitu hanya menipu. Aku mahu drama yang sebenar. Drama yang tidak menipu. Drama kehidupan sebenar yang jujur. Mungkin hanya aku seorang yang mengimpikan drama sebegitu. Mungkin aku tidak semewah penonton lain. Aku hanya mahu menjadi manusia jujur.
Aku tertonton satu drama bersiri. Sentuhan seorang sutradara jutawan dan kawan-kawan. Kisah kehidupan selebriti. Tajuk tipikal. Dialog mual. Lakonan bebal.
Aku tak tahu sama ada silap si penulis skrip, salah sang sutradara atau barisan pelakon yang kejang. Tapi deria aku memberitahu ada kesalahan. Kesalahan yang ketara. Aku tak dapat menerima. Sebuah drama TV Melayu sebegini caranya.
Aku mengambil keputusan untuk menulis skrip. Drama satu babak. Drama kehidupan. Dari sudut pandangan aku. Seorang anak yang perlu menjelaskan kepada sang ibu tentang kehidupan mereka. Manusia jujur yang hidup di kota.
Ini skrip aku yang beracuankan skrip mereka.
Lokasi di sebuah kampung. Bunyi ayam berkokok sahut-menyahut memberikan lebih suasana kampung. Pelakon sedang bersarapan. Air teh yang masih berasap memberikan gambaran bahawa situasi tersebut masih baru berlaku. Ada kuih cucur kodok terhidang dalam pinggan.
Pelakon perlu menyebut setiap patah perkataan di dalam skrip. Tidak dibenarkan sama sekali mengubah atau menyesuaikan dialog mengikut keadaan.
Actionnn!!!
Aku berkata, “Mak, lamanya tak merasa cucur kodok sebegini sedap”.
Mak menjawab, “Itulah, jarang sangat balik kampung”.
Aku menghirup air teh yang masih panas.
Mak berkata lagi, “Boleh Mak tanya beberapa soalan?”
Aku balas, “Boleh Mak, tak ada masalah.”
Mak menyambung, “Setiap malam Mak tengok drama TV, Mak lihat ramai orang Melayu kaya di Kuala Lumpur.”
Aku membalas, “Benar Mak, memang ada orang Melayu kaya, tapi ramai juga orang Melayu yang miskin kedana.”
Mak menyoal, “Benarkah ramai orang Melayu kita yang memiliki kenderaan mewah sebegitu? Tak pernah Mak melihat kereta sedemikian di sini.”
Aku menjawab, “Benar Mak, banyak orang Melayu kita yang memiliki kenderaan mewah. Tapi tak ramai. Ada seorang Melayu kita yang memiliki banyak kereta mewah. Ada bilik pameran di Kampung Baru dan Petaling Jaya. Mungkin juga ramai Melayu kita yang menyewa kereta mewahnya untuk tujuan tertentu.”
Mak menyoal lagi, “Mak rasa hairan dengan cara orang Kuala Lumpur bersembang. Benarkah ada segolongan orang di Kuala Lumpur yang bercakap seperti itu?”
Aku membalas, “Benar Mak, walaupun bukan semua. Kebanyakannya kami masih menggunakan lenggok bahasa seperti selalu, seperti percakapan biasa. Mereka yang bercakap sedemikian rupa mungkin atas dorongan seseorang.”
Mak berkata lagi, “Tapi, kenapa mereka semua jadi sebegitu?”
Aku membalas lagi, “Rasanya mungkin, pengarah atau penulis skrip terlalu banyak menonton cerita Hindustan. Gaya bahasa perlu menekankan aspek emosi dan permainan perasaan yang tebal. Namun perlu disesuaikan dengan struktur bahasa Melayu moden yang sebenar. Kaedah bahasa Melayu yang diajar di sekolah. Mungkin itu sebab utama mereka.”
Mak lantas menyahut, “Tapi Mak masih tak faham…”
Aku pantas memotong, “Relaks Mak, relaks, jangan terburu-buru membuat andaian.”
Mak terdiam. Relaks. Mak menyambung tanya, “Benarkah pasangan suami-isteri artis kurang pandai memanggil nama manja selepas berkahwin? Mengapa mereka masih membahasakan diri dengan nama sebenar?”.
Aku pula terdiam. Aku tercari-cari jawapan. Aku menjawab, “Mungkin nama manja hanya semasa bercinta sahaja, atau sudah menjadi peraturan rasmi bahawa artis perlu menggunakan nama artisnya dalam apa jua keadaan. Mungkin kerana sudah termaktub dalam perjanjian rasmi dengan syarikat rakaman bahawa penggunaan nama rasmi artis adalah wajib.”
Mak terdiam. Aku berpeluh.
Mak berkata semula, “Nanti boleh bawa Mak pergi Kuala Lumpur? Mak nak jumpa artis terkenal itu.”
Aku tergamam. Aku jawab, “Err, Boleh Mak, boleh nak bawa Mak pergi Kuala Lumpur, tapi kalau nak berjumpa dengan mereka mungkin agak sukar. Lokasi kebiasaan mereka ialah di sekitar pub atau disko. Ada lampu sorot dan lampu lip-lap berwarna-warni. Ada penari kekok dengan gaya tarian yang sangat melucukan. Sangat tak sesuai.”
Aku menambah lagi. “Lagipun, Mak perlu memahami gaya bahasa yang dituturkan. Bukan perkara mudah. Mak perlu belajar lagi.”
Mak terdiam lagi. Melihat ke arah cawan air teh yang masih berasap.
Mak bersuara, “Baiklah, Mak akan terus menonton siri itu untuk belajar lebih lanjut mengenai kehidupan manusia di Kuala Lumpur. Aneh sungguh cara mereka. Mak harap, anak Mak ini tidak terpengaruh dengan cara sebegitu”.
Aku pantas membalas, “Baik Mak, InsyaAllah”.
Cuttt!!!
Perhatian
Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup, separuh hidup ataupun yang merasakan dirinya mati. Sekiranya terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan bak kata pepatah Melayu siapa makan cili dialah yang terasa pedas. Majulah industri seni negara.
Setiap malam lepas kerja aku bukak TV. Aku tak setia dengan mana-mana saluran. Aku rasa suka, aku tengok. Waktu perdana. Waktu puncak. Waktu iklan paling mahal. Waktu tengok berita.
Aku terperasan sesuatu. Dah lama aku perasan. Baru hari ni aku nak tulis.

Advertensi!!!?… Spesies istilah dari Kamus Dewan negara manakah datangnya ini? Kenapa sepanjang riwayat pembelajaran di sekolah aku tak pernah terserempak dengan istilah ini. Aku terlepas keretapi? Apakah pula maksudnya? Advert? Advertisement? Advertising? Tensi? Tension? Kata pinjaman yang digabungkan? Advert + Tensi? Advertisement + Tension?
Apa pula makna sebenarnya? Advertisement = Pengiklanan. Tension = Tekanan. Pengiklanan Tekanan. Iklan yang ditekankan? Tertekan melihat iklan yang menyibuk tengah-tengah sedap menonton berita?
Agaknya inilah harga yang perlu dibayar untuk mengaku sebagai negara maju. Harga seorang anak bangsa yang keliru dengan bahasanya sendiri. Aku yang keliru. Tapi aku mahu negara aku maju.
Dalam keliru aku menurut. Dalam terpaksa aku mengikut. Media massa pasti lebih berkuasa. Menentu hala tuju sesuatu bangsa. Aku hanya pak turut. Menjadi kaduk yang bersorak girang. Aku pun guna Advertensi. Iklan yang tertekan. Tekanlan iklan aku. Tekanlah Advertensi aku.
Ini baru 2006. Aku jangkakan lagi 10 tahun akan lahir seribu satu macam lagi istilah bahasa Melayu yang baru. Istilah yang bakal digunakan secara meluas di seluruh negara. Ini jangkaan ngeri aku. Ini istilah yang bakal digunakan pada tahun 2016;
Kemalangan maut
- Accifataliti (Accident + Fatal)Cakap tak serupa bikin
- Spekanonsensi (Speak - Nonsense)Melepak di pusat membeli-belah
- Loitekompleksi (Loiter + Shopping Complex)Hiburan melampau tanpa kawalan
- Extremainment (Extreme + Entertainment)Penagih dadah kenduri beramai-ramai
- Massdrugddicta (Mass + drug addict)Pelacur berlesen
- Ayamisensi (Ayam + License)Jejambat retak
- Exclimachemreaksi (Extreme climate + Chemical reaction)
Mungkin ada di antara anda yang boleh mencipta. Ciptalah sesuatu yang baru. Suatu istilah bahasa Melayu yang baru bagi menunjukkan bahawa negara kita adalah negara maju. Majulah negaraku, majulah bangsaku.
Petang Ahad lepas, aku tertonton siaran langsung A1 Grandprix. Aku tak tengok sangat sebab aku asyik buat kerja lain. Aku tak layan sangat sebab aku tak tau pun apa itu A1 Grandprix. Aku pernah layan F1. Itu cerita lama. Cerita tahun 2002/03. Aku dah tak layan sekarang. Dah jemu. Dah bosan. Baik aku buat kerja lain.
Tapi aku tertonton. Aku rasa seronok. Seronok sebab ada sesuatu. A1 Grandprix ada butang kuasa. Butang PowerBoost. Boleh guna 3 kali sahaja. Tak boleh lebih. Kalau lebih, tak panggil A1 racing lah, kena panggil PowerBoost racing. Aku menggoogle. Aku jumpa apa itu PowerBoost. Aku teringat kisah lama.
Sebelum ada permainan komputer ada permainan masuk duit syiling. Main tembak-tembak, main racing-racing, main abuuugen. Masuk dua puluh sen boleh main sampai habis. Kalau handal, boleh main sampai nampak skrin kredit. Tapi sebelum main kena warning dengan FBI dulu. Jangan buat jahat, nanti FBI tahu.

Aku pernah main racing-racing. Nama dia Turbo Outrun. Mesin ni ada stereng dan pedal. Ada satu butang merah di stereng. Butang PowerBoost. Kalau tekan, nanti ekzos keluar api, gambar di skrin jadi laju, aku boleh potong semua orang. Aku jadi handal. Tapi sekejap saja. Macam PowerBoost A1 Grandprix jugak.
Aku tengok Malaysia dapat naik podium. Tahniah. Aku bangga sekali. Tapi aku kecewa. Kenapa sesi temuramah pemenang tiada ucapan dalam bahasa ibunda macam F1? Aku teringin nak tengok Alex Yoong cakap Bahasa Melayu. Bahasa rasmi negara Malaysia. Mungkin kena tunggu si Alex dapat nombor satu. Aku kena tunggu.

Gambar aku ambil guna kamera terus dari siaran langsung di TV saluran lapan.
