
Aku beli bantal. Bantal murah sahaja. Gergasi lelong bantal murah. Aku baca cetakan pada pembungkus bantal. Serat poliester tasrif seratus persen. Serat adalah fibre. Poliester tetap polyester. Jadinya, tasrif itu adalah conjugated. Aku rujuk Kamus Dewan atas talian. Tasrif maknanya perubahan bentuk kata kerja. Aku rujuk perkataan conjugated. Makna terbaik mungkin “joined together, esp. in a pair or pairs; coupled”. Tapi tasrif itu datang dari mana? Rujukan dari kamus yang mana satu? Aku sangat musykil dan berasa takjub dengan kepetahan minda tukang tafsir dalam usaha menterjemahkan perkataan tersebut.

bGAUS LA