
Aku tak pasti sama ada cyfull dan burung layang2 ni pasangan duet, teman serumah, suami isteri, adik-beradik atau kembar siam. Namun apa yang aku dapat secara sahih mengatakan mereka (aku guna ayat jamak sebagai menggambarkan dua insan yang berbeza) ini menggunakan komputer dari satu alamat yang sama. Alamat ip mengesahkan bahawa ia dari sumber yang sama. Adik-adik, sila belajar mengenai apa itu alamat ip di sini. Jadi apa yang dapat aku simpulkan ialah;
- Mereka adalah orang yang berbeza tetapi menggunakan komputer yang sama
- Mereka adalah orang yang sama tetapi menggunakan alamat emel yang berbeza
- Mereka adalah orang yang sama tetapi hidup dengan dua identiti yang berlainan
- Mereka adalah orang yang sama tetapi mempunyai hobi menyamar jadi orang lain
- Mereka adalah orang yang sama tetapi kurang ilmu untuk melaksanakan operasi penyamaran yang berkesan
- Mereka adalah orang yang sama dan kantoi!
Sekian. terima kasih.

xde isu lain lg yg nk ditulis gamaknye…
dh kne ayat pedas dr pengomen2 kau timbul isu lain pulak….ish2..
yg pastinya 2 org yg berbeza dgn alamat email yg berbeza..!! yg penting ko bengang sbb kne basuh dgn pengomen2 yg sehati sejiwa dgn ayat yg pedas buatkan ko tersungkur serta bengang membaca komen2 tu…
Kalau dikaji susunan ayat, perbendaharaan kata dan penyampaian maksud, rasa-rasanyalah, siapa yang bengang ye? huhuhu…
klu dikaji plak 2 org yg berbeza dan alamat email yg berbeza komen plak benda yg sama ditujukan kepada pihak yg sama(MYSTRIQUE), siapa yg merasa bengang berkali2 ganda..?
paham2 sendiri laa….
Kelam IT rupanya. Masih hijau rebungnya. Boleh dilentur2 lagi.
siapa burung layang2 tu.. kelakar gila.. dah kantoi tu diam diam sudah.. tetap nak tegakkan benang yg basah… kesian…..
betul tu, pi belajar IP tu ape..
Tapi kan, kadang2 boleh jadi jugak satu IP tapi dua orang, dua komputer yang berbeza. Sebabnya adalah mereka menggunakan proxy ISP.
agak-agak la kan, mesti adek ngn kakak dia tu. haha. :P
hah hah lawak kantoio guna pc sama
belajar IP bg khatam dlu ye br leh komen…hahahah