Bas Durian Burung Mahal

Tiket sehala dari Changlun ke Hentian Puduraya, Kuala Lumpur oleh bas Durian Burung dikenakan bayaran RM 48.00! Empat puluh lapan ringgit Malaysia! Satu angka yang aku tak dapat terima. Mahal yang amat sangat. Cuba bandingkan dengan jarak perjalanan yang sama, aku beli tiket sehala dari Hentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Changlun cuma dikenakan bayaran RM 35 oleh syarikat bas AB Ekspress.

Kenapa ada perbezaan sehingga RM 13 walaupun jaraknya sama? Sebab basnya dua tingkat kah? Sebab pemandu dan kelindannya mahal senyuman kah? Sebab aircondnya bunyi macam taufan kan? Sebab sejuknya macam stor simpan ikan di jeti nelayan kah? Sebab kerusinya busuk macam tong sampah kah? Sebab tirainya kotor macam kain buruk gerai tepi jalan kah? Sebab apa? Sebab apa wahai Durian? Sebab apa wahai Burung?

Kalau pada tarikh 3 Ogos 2008 harganya sudah mencecah RM 48, apakah pula harganya menjelang hari raya kelak? KERAjaan yang masih lagi berkuasa sekarang sudah bersetuju untuk menaikkan tambang bas, jadi bayangkan lah.

Perlukah aku buat aduan? Perlukah aku buat rungutan? Perlukah aku gatal jari hantar semua aduan dan rungutan. Perlukah? Buat aduan dan tunggu? Merungut dan tunggu? Tunggu dan tunggu. Tunggu dan jadi tunggul. Aku rasa menteri yang dipertanggungjawabkan ada banyak lagi kes yang perlu difikirkan contohnya bagaimana untuk mencari jalan mendapatkan lebih duit atau bagaimana nak mencari duit lebih atau cara untuk cari duit banyak-banyak. Aku fikir lah. Aku tak dapat nak fikir benda lain selain dari perkara yang aku fikirkan itu. Aku pun tak kenal menteri apa yang jaga bahagian tambang bas. Lain lah kalau aku jumpa menteri tu naik bas sekali dengan aku dan duduk sebelah kerusi nan busuk dengan air cond bising maha sejuk tu.

Mimpi je lah. Ptuish!

Dan aku masih perlu naik bas lagi. Walaupun masih ada bas yang sezalim syarikat Durian Burung tapi aku tiada pilihan. Atas dasar Melayu Boleh buat apa sahaja bak semangat Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim, aku buka fail siasatan. Pertama aku google keyword Durian Burung. Ini yang aku jumpak

Kertas siasatan belum ditutup lagi. Tunggu kisah selanjutnya walaupun mungkin bakal mengambil masa yang agak lama seperti mana kes Altantuya.

Berita Terkini

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar ada blog.

Rujuk bahagian komen untuk entri ini.

http://nohomar.blogspot.com/2008/08/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-mecd.html

Aduan sudah dihantar. Lewat Ogos lalu.

Masih dalam siasatan. Sehingga kini.

Siasatlah lagi.

14 komen untuk “Tiket Bas Durian Burung Sangat Mahal”

  1. amyikram:

    betul lah bro.. tiket bas durian burung harga mahal sangat. semalam aku beli harganya RM 55.40 dari KL ke Alor Setar.. Fuh naik RM 20 ringgit okay.. aku pasti seminggu raya confirm naik RM 70.. tiket AIR ASIA pun sama ngn MAS. hai.. mcm nie.. kerajaan kena la amik tindakan sekarang.. kalau tak mampos..

  2. Izad world:

    aku pun tak puas gak bro..orng ckp bas durian burung nie adlh bas yg terbaik untk ke Utara..tp bila naik atas bas..snggh meyedihkan keadaan n suasana dlm bas..mcm xdiselenggara je aku tgk…raya nnti klau mcm nie la jgk keadaan bas..alamat ada la penumpang yg kena raya dkt tepi highway klau bas dibiarkan tanpa selenggara..

  3. jason:

    memang betul durain burung bus ticket sangat mahal bebanding dengan company lain. Dari johor ke alor setar, consurtium hanya RM 54 , tetapi durian burung RM 80. Ini hagar sebulum raya.

  4. burung layang2...:

    assalamualaikum semua…test..

  5. burung layang2...:

    salam…
    mengenai tiket bas durian burung yang diura-urakan mahal tu cam ni lah senang cite…
    sebelum anda kata tiket bas tu mahal nk tnya dlu anda beli tiket tu time bila..? musim cuti sekolahkah..? musim perayaan kah..? atau musim duriankah..? huhhu..
    klu time2 diatas tu anda bli so xwajar la kata mahal….
    mmg la mahal cik abg, cik mek oii..dh tentu time tu ramai org nk blk, klu belajar ekonomi pun, jika permintaan tinggi harga pun mestilah tggi jgk…ye x..??
    isshhh….
    satu lg dh nama bas tu DURIAN BURUNG SPECIAL EXECUTIVE COACH, DOUBLE CECK.. mestilah harganya pun xsama dgn bas len..
    kes ni biar aku tlg tutupkan…
    kesimpulannya, bia aku bg tau menteri yg sepatutnya kau jmp..DATUK NOH OMAR..MENTERI PEMBANGUNAN, USAHAWAN, DAN KOPERASI…
    tp rasanya buang masa dia pun dlm perancangan nk naikkan lagi tambang bas dan teksi….
    sekian..wassalam..

  6. burung layang2...:

    xde komen2 lg ke..?

  7. mystrique:

    salam,

    ini jawapan saya.

    “sebelum anda kata tiket bas tu mahal nk tnya dlu anda beli tiket tu time bila..?”

    >>> Sila rujuk gambar. Tarikh naik bas 3/8/2008. Tarikh beli kurang pasti tapi mustahil sebulan lebih awal. Kebiasaannya tiket dibeli dalam minggu yang sama. Rujuk takwim, tiada cuti perayaan besar yang berkaitan semasa tiket tersebut dibeli. Cuti sekolah bermula pada 16/8/2008. Juga tiada kaitan.

    “satu lg dh nama bas tu DURIAN BURUNG SPECIAL EXECUTIVE COACH, DOUBLE CECK.. mestilah harganya pun xsama dgn bas len..”

    >>> Bas Durian Burung bukanlah satu-satunya bas Double Deck yang menyediakan perjalanan dari Changlun ke Kuala Lumpur. Bas AB Ekspress dan Jelita (jarang) juga menyediakan khidmat yang sama, TETAPI terdapat perbezaan harga yang amat ketara.

    “kes ni biar aku tlg tutupkan…”

    >>> Pertolongan anda didahului dengan ucapan.. Tak payah…

    “kesimpulannya, bia aku bg tau menteri yg sepatutnya kau jmp..DATUK NOH OMAR..”

    >>> Kalau nak jumpa menteri perlu gagal universiti dan cita-cita jadi juruterbang terlebih dahulu, ohh, maaf salah menteri. Aku belum jumpa menteri tu bertentang mata tapi dia sedar perkara ini, sila rujuk http://nohomar.blogspot.com/2008/08/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-mecd.html di ruangan komen. Aduan dalam siasatan. Dalam yang sangat dalam. Sampai tak timbul-timbul.

    Komen lah lagi.

  8. ciak kuning:

    x ko bangang tuh..
    survey la dlu bru bli tket bus..
    tny price dlu..
    ni x!!
    trus bli pastu komplen..
    itu menunjukkan kebangangan tahap phundek!!!
    byk2 bas ada nk nek double deck jg..
    asl la ada lg org2 yg mcm nih dlm dunia nih???
    xpaham aku…
    akai ada ka???
    sniri mau pk la wei…

  9. mystrique:

    Wahai burung ciak kuning,

    Wah, bukan main marah kau yer? Ko drebas bas phund*k tu gamaknya. Tak pun kelindan jek.

    Kau ingat Changlun nun macam Puduraya? Berpuluh kompeni tercongok kat kaunter tu jual tiket? Aku rasa dengan tahap kepala hotak ko yang tak seberapa cerdik tu aku nasihatkan bukak buku geografi darjah enam dan cari Changlun tu kat mana. Aku pun heran kenapa ko masih ada kat dalam dunia nih. Patutnya dah lama kena lenyek lori.

    Ape2hal, bagus jugak aku tulis tajuk pasal bas ni. Sekurangnya tersohor seluruh dunia pasal bas yang mahal nih. Haha! Apa2pun bas ni aku dah blacklist, aku kempen kat semua orang jangan naik bas ni. Jangan walau sekali-kalipun.

    Sekian.

  10. NURAINI BT ABU HASSAN:

    pada 22/11/08 sy beli tiket durian burung d knter yg sah.perjalanan dr kl ke bworth 23/11/08 jam 12.15.sy telah d maklum kan bhwa akan menaiki bas dble dker.sy tany lg dn pihak kaunter megesahkan bahawa ada jaminan.tp yg berlaku sebalik nya.bas xsampai dn sy terpaksa bermlm di pudu sehingga ke pg. sebelum naik bas sy tny kt knter lg tp yg mgecewakan layanan phk kaunter yg terlalu sombong.jgn terlalu bangga dgn kerja awk ya saudari.cuba bygkan penumpang yag setegh abad terpaksa bersengkang mata kt pudu smpai ke pg.harap pihak durian burung mengmbil tindakan.dah la sombong kita tny elok2 dgn nada sinis dia menjwb

  11. jamie:

    saya tak pernah naik bas durian burung, tapi bila dengak komen2 macam ni, mampuih saya tak akan naik bas ni lagi

  12. wanie:

    ermm aku pnah naik durian burung ni..dri k.l ke kedah..
    kata executive..hampehh…aircond bocor…………………………

  13. burung layang2...:

    salam…
    bertemu kembali…
    erm..byk jgk komen2 ye…
    tp aku tertarik dgn komen ciak kuning..
    btoi jgk kata ang, klu nk nek bas cust kne servey harga dlu br buat keputusan sama ada nk bli atau x…
    klu rasa mampu, beli, klu xmampu cari je bas lain yg melambak2 ke utara bkn bas durian burung saja yg ada perkhidmata ke utara.semua perkhidmatan bas tidak ada yg sempurna. mesti ada jg kekurangannya…itu kenyataan..!
    aku terbaca td ada yg blacklist xmau nek bas ni…
    terpulang, hak individu…
    klu rasa bas ni mahai nek la bas AB yg jauh lebih murah. kenapa dah tau bas Ab murah nk jgk nek bas Durian Burung..???
    mengenai perbezaan harga d/deck bas DURIAN BURUNG dgn bas d/deck yg lain xde bezanya…
    buktinya, drp salinan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, jadual harga menunjukkan harga dr puduraya ke alor setar ialah rm55.45. dr pudu ke b’worth pula rm44.30.Dr melaka ke alor setar pula rm72.70 manakala dr melaka ke b’worth pula rm61.55.Bagaimana pula perjalanan ke utara seperti jitra, cangloon kangar dan kuala perlis, yg lebih jauh perjalanannya…???
    mestilah lg mahal..
    itu antara harga yg aku dpt tahu dr LPKP untuk tahun 2003.
    bagaimana pula jadual harga untuk tahun 2009..??? mungkin anda sendri pun akan terkejut. tp durian burung tidak mengenakan caj sebegitu mahal walaupun harga itu yg sepatutnya dijual.
    so anda sekarang sepatutnya bersyukur harga skrg tidak mengikut bulat2 harga jadual tambang d/deck (hawa dingin)yg LPKP luluskan..
    tp jgn bimbang, semakan dan pengunguman harga tambang bas akan diberitahu kelak..
    kita ikuti lah perkembangannya…
    wassalam…

  14. durian runtuh:

    em..aku sokong ng burung layang2 nih..ko ni beminat btl ng bas2 ni ye..siap price tiket pon tau..bgs2..sentiasa mengikuti perkembangan semase..tp pblemnye org kite xsemua camtu..yang dieorg tau komplen…hak individu nak naek bas mane..jgn asyek nak komplen saje..takot nanti bas yg korang komplen tu jgk yg korang naek..sebagai org melayu kite kene sokong bangsa sdr yg maju dlm busness..bkn rame pegusaha bas terdiri dr org melayu..design bas nye jg cantek..cm service terhadap kerani kaunter tu bleh diperbaiki…bak kate burung layang2 semua perkhidmatan bas tidak ada yg sempurna. mesti ada jg kekurangannya…itu kenyataan..!