Tiket sehala dari Changlun ke Hentian Puduraya, Kuala Lumpur oleh bas Durian Burung dikenakan bayaran RM 48.00! Empat puluh lapan ringgit Malaysia! Satu angka yang aku tak dapat terima. Mahal yang amat sangat. Cuba bandingkan dengan jarak perjalanan yang sama, aku beli tiket sehala dari Hentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Changlun cuma dikenakan bayaran RM 35 oleh syarikat bas AB Ekspress.
Kenapa ada perbezaan sehingga RM 13 walaupun jaraknya sama? Sebab basnya dua tingkat kah? Sebab pemandu dan kelindannya mahal senyuman kah? Sebab aircondnya bunyi macam taufan kan? Sebab sejuknya macam stor simpan ikan di jeti nelayan kah? Sebab kerusinya busuk macam tong sampah kah? Sebab tirainya kotor macam kain buruk gerai tepi jalan kah? Sebab apa? Sebab apa wahai Durian? Sebab apa wahai Burung?
Kalau pada tarikh 3 Ogos 2008 harganya sudah mencecah RM 48, apakah pula harganya menjelang hari raya kelak? KERAjaan yang masih lagi berkuasa sekarang sudah bersetuju untuk menaikkan tambang bas, jadi bayangkan lah.
Perlukah aku buat aduan? Perlukah aku buat rungutan? Perlukah aku gatal jari hantar semua aduan dan rungutan. Perlukah? Buat aduan dan tunggu? Merungut dan tunggu? Tunggu dan tunggu. Tunggu dan jadi tunggul. Aku rasa menteri yang dipertanggungjawabkan ada banyak lagi kes yang perlu difikirkan contohnya bagaimana untuk mencari jalan mendapatkan lebih duit atau bagaimana nak mencari duit lebih atau cara untuk cari duit banyak-banyak. Aku fikir lah. Aku tak dapat nak fikir benda lain selain dari perkara yang aku fikirkan itu. Aku pun tak kenal menteri apa yang jaga bahagian tambang bas. Lain lah kalau aku jumpa menteri tu naik bas sekali dengan aku dan duduk sebelah kerusi nan busuk dengan air cond bising maha sejuk tu.
Mimpi je lah. Ptuish!
Dan aku masih perlu naik bas lagi. Walaupun masih ada bas yang sezalim syarikat Durian Burung tapi aku tiada pilihan. Atas dasar Melayu Boleh buat apa sahaja bak semangat Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim, aku buka fail siasatan. Pertama aku google keyword Durian Burung. Ini yang aku jumpak
- Pengalaman ngeri nan sadis sungguh menyayat hati
- Penggila bas (bus fetish?) nota : Durian Burung Nissan MAN build by MTrans @ Scomi
- Tuan punya domain durianburung.com
- Blog Durian Burung? WTF!
- dan clone yang sangat budus tahap spastik
“Syarikat bas Durian Burung telah memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang” Hahahahahah!
Kertas siasatan belum ditutup lagi. Tunggu kisah selanjutnya walaupun mungkin bakal mengambil masa yang agak lama seperti mana kes Altantuya.
Berita Terkini
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar ada blog.
Rujuk bahagian komen untuk entri ini.
http://nohomar.blogspot.com/2008/08/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-mecd.html

Aduan sudah dihantar. Lewat Ogos lalu.
Masih dalam siasatan. Sehingga kini.
Siasatlah lagi.



