Surah Ar-Ruum, ayat 41;
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Semalam aku menonton sebuah kisah benar. Kisah hidup seorang manusia di benua berbeza. Pengalaman seorang manusia menempuh satu perjalanan yang sukar. Kisah yang diabadikan dalam filem Hotel Rwanda. Aku sangat tersentuh. Hati aku menangis.
Aku bersyukur kerana sehingga kini aku masih lagi belum diuji sedemikian hebat. Belum lagi dihujani dugaan sedemikian gelap. Belum dibebani rasa resah sedemikian pekat. Aku rasa aku tak mampu. Aku rasa aku tak kuat. Aku rasa aku lemah. Aku tak daya.
Virus benci. Virus paling bahaya. Virus yang sukar diubat. Virus yang sukar dilihat. Virus yang paling bahaya. Virus yang ada dalam diri setiap manusia.
Kisah benar di Rwanda ini membuktikan kewujudan virus ini. Virus yang meracuni akal dan membakar nafsu. Virus benci. Virus yang mampu mencabut hampir sejuta nyawa rakyat Rwanda hanya dalam masa 100 hari. Pelajari bagaimana virus ini merebak di sini.
Aku ada pelbagai lagi petunjuk yang membuktikan kewujudan virus benci ini. Nantikan kisah aku lagi.

Sorry brother mystrique..but you’ve been tagged… come to my blog to see the rules… up to you to fulfill it…
thank you