Aku mula berjinak-jinak dalam dunia pengkomputeran sejak dari tahun 1991 iaitu ketika masih di peringkat sekolah menengah. Hampir mencecah 15 tahun. Satu jangka masa yang sungguh lama. Lama sudah rupanya aku ada dalam dunia komputer.

Aku dah rasa hampir kesemua generasi komputer. Lama dan baru. Adakalanya aku tersenyum bila mengingat sejarah silam. Sejarah yang tidak begitu lama. Hanya bertahun, bukan beratus tahun. Sejarah silam ketika perkataan komputer masih jarang disebut orang. Ketika komputer disangka sepupu kalkulator. Ketika tetikus masih dijodohkan bilangannya dengan seekor.

Aku pernah guna komputer klasik yang comel. Komputer klasik dengan paparan huruf berwarna hijau terang berlatarbelakang warna hitam. Tiada cakera keras. Tiada grafik berwarna pelangi. Tidak mesra-pengguna. Perlu hidupkan komputer dengan disket. Disket besar bersaiz 5.25 inci. Disket nipis yang boleh lentur. Cakera liut sebenar.

Aku berjinak dengan dunia Internet seawal tahun 1995. Aku kenal apa itu emel. Kenal apa itu pelayar web. Kenal macam-macam. Ramai juga rupanya manusia di dunia ini. Aku jumpa macam-macam perkara. Aku jumpa macam-macam ragam. Aku jumpa macam-macam orang.

Pelayar web juga ada macam-macam. Dulu aku guna Internet Explorer. Pernah juga guna Netscape, Opera dan Neoplanet. Semua aku pernah cuba guna. Tetapi pelayar terakhir yang aku cuba telah menyebabkan aku tergoda. Tertawan sehingga ke hari ini. Pelayar Mozilla Firefox. Aku terpaku dek godaan Sang Musang Berapi.

Sang Musang Berapi

Pelayar ini memberikan pelbagai kemudahan untuk orang pemalas seperti aku. Ada pelbagai pintasan yang aku boleh guna. Ada program tambahan (extension) yang percuma. Aku akan tulis lagi berkenaan extension yang aku guna. Hari ini aku hanya ingin menulis mengenai Sang Musang Berapi.

Aku suka fungsi “tabbed browsing”. Kalau IE, aku terpaksa buka banyak tetingkap untuk setiap laman. Musang Berapi cuma perlu buka satu dan banyak tab. Jimat ruang, elak semak can selerak. Ada juga fungsi carian terbina-dalam (Integrated Search) yang membolehkan aku membuat carian tanpa perlu pergi ke laman utama enjin carian. Sangat memudahkan.

Aku juga dapat rasakan perbezaan dari segi tempoh mengunakan pelayar ini berbanding pelayar yang sebelumnya. Lebih banyak maklumat dapat aku kutip melalui penggunaan pelayar ini. Lebih laju dan lebih ringkas. Lebih cepat dan lebih mudah. Aku suka benda lebih-lebih.

Ada pelbagai perkara menarik yang sukar untuk aku ceritakan satu persatu. Cubalah. Mungkin anda juga akan tertawan dek godaan Sang Musang Berapi. Nanti aku tulis lagi pasal saudara-saudaranya yang lain.

  1. Madihah says:

    ya…betul!…setujuuu…!..aku pun guna musang berapi tu heheh….tua benar la ko ekk…. ;)

    mystrique

    Tua hanya pada angka. Hati dan minda sentiasa muda. Heheh…

  2. comei says:

    sy skrg guna mozilla ngan ie. tp lebih suka ie sbb mozilla lmbt dan mcm tak ebst. hehe

    mystrique

    Pakai Mozilla Firefox versi berapa? Kalau versi lama cuba kemaskini. Mungkin ada perbezaannya.

  3. MAT JAN says:

    satu: aku guna dua2. ie dan firefox. aku guna firefox bila aku rasa nak surf banyak-banyak site. aku suka fungsi tabbed-browsing tu.

    dua: aku masuk sini nak check kalau-kalau kau dah buat Juring cabaran 4: untukmu ibu.

    tiga: aku baru baca entri alat kepit-katup kau tu. berapa harganya? bawah RM10.00 ke lebih? dan kat mana nak cari? semua supermarket agak-agak jual ke?

    sekian.

    mystrique

    satu: Yep, aku juga suka fungsi tu. Aku suka guna pintasan kekunci Ctrl + T untuk membuka tab baru.

    dua: Baru siapkan tugasan 4. Maaf sibuk menjaga server yang bertukar ibu.

    tiga: Harga alat kepit-katup tu ialah RM 3.50 untuk 1 set. Setiap set ada 8 alat kepit katup. Boleh dibeli di Parkson,The Mall. Baik beli sekarang, ada diskaun.

  4. Nakamatsu says:

    Erm, dah lama x guna i.e … Sbb i.e nie x bape mesra pengguna … Hanya gunakan utk semata-mata kemaskini tingkap Xp …

    Dari dulu saya guna Avant Browser … Fungsinya lebih kurang mcm Musang Berapi … Tapi mcm jugak comei komenkan tu, saya rasa agak lembap la musang nie … Hehe …

    Korang cuba try test la Aant Browser nie … Saya gerenti best … Selamat mencuba !!! …

  5. faent says:

    Aku teringatkan cakera liut yg aku ambil dan susun jadikan perhiasan kat meja prep :)

  6. violet says:

    nak tahu perbezaan ie,net dan mozilla.apa kelebihan ke tiga-tiga browser ni