Tugasan aku diselubungi dengan persekitaran yang memerlukan pengolahan data. Data yang bakal ditukar menjadi maklumat. Data mentah perlu diolah menjadi maklumat yang mampu ditafsir dengan mudah oleh seorang manusia. Aku diberi tugas untuk memudahkan kerja manusia lain. Aku menelan data mentah untuk dikeluarkan semula dan dijamu kepada orang lain. Mulianya kerja aku. :P
Aku menggunakan Microsof Excel untuk mengolah data mentah. Sudah sekian lama aku guna. Sudah banyak aku tahu. Sudah banyak aku faham. Aku suka guna perisian ini. Mudah dan ringkas.
Namun begitu masih ada kekurangannya. Aku perlu sesuatu. Aku pemalas. Aku perlu mencari pintasan untuk memudahkan kerja aku. Aku tanya Encik Google. Dia jawab. “Wahai manusia, gunalah perisian sampingan ini. Namanya ASAP Utilities. Jangan risau, komputer anda tidak akan berasap.” Aku terus mendengar dengan teliti. “Percuma sahaja, ia bukan Ahmad Albab yang punya. Ha ha ha haaa…”. Aku terus ke sini, muat turun dan guna. Kalau ada masalah, boleh rujuk di sini. Aku sendiri terpaksa instal secara manual. Aku baca arahannya di sini.

Aku amat berpuas hati. Aku berterima kasih kepada tukang tulis kodnya. Kerja anda amat disanjung oleh pemalas seperti aku. Terima kasih yang tak terhingga.
