Aku pernah tulis mengenai kejayaan Malaysia merangkul tempat kedua dalam Kejuaraan Grandprix A1. Aku sangat bangga. Kini aku akan lebih bangga lagi kerana Malaysia bakal muncul juara F1 atau apa saja kejuaraan yang melibatkan kenderaan bermotor.
Aku sangat bangga kerana kereta keluaran negara aku mampu memecah rekod dunia bagi kategori kenderaan bermotor yang bergerak di darat. Malah mungkin mampu bersaing dengan kelajuan pesawat ringan yang bergerak di udara. Ini sesuatu yang sangat membanggakan. Jangan sesekali memandang rendah akan kekuasaan jentera bermotor keluaran negara aku.

Aku ucapkan tahniah kepada saudara Kamarul Khairi Kasin yang memiliki jentera super-mega-ultra yang sangat hebat. Jentera Perodua Kancil, kereta bernombor WGB 892. Anda sememangnya mampu menundukkan juara-juara dunia. Pasti Schumi, Alonso dan Raikonnen hanya mampu tercengang dengan kelajuan hebat anda.
Aku dapat bayangkan betapa gelisahnya para pemandu F1 yang lain. Resah menunggu isyarat mula. Menanti kelipan lampu hijau. Risau menantikan pecutan pertama. Pecutan pertama yang menentukan siapa yang bakal menjadi juara. Aku tak perlu risau. Aku sudah tahu siapa yang bakal menjadi juara. Aku pasti. Aku yakin. Aku bangga.


aku rasa speed trap tu adalah speed trap utk jet pejuang yang jatuh ke bumi la weh!!!!! wakakakakaka…
aku rasa kereta kancil dalam gambar tu berada dalam lane yang salah.
mystrique :
Rasa aku lane tak salah. Sebab kereta tu dah mendahului kereta-kereta lain yang pemandunya sedang tercengang-cengang. Hehe…
betul jugak tu
hidup kancil merah….. ooppp!!! kancil tu kaler lain…. tapi apa2 pun hidup kancil!!!! hidup kancillllllll!!!!!!!
sy rase ande sume jangan naik kerete sorong.aawkakwakwahkwhkawkakhwkahwkhwkhkawkk./
KAU NGAH WAT PE
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,.jm r kte lenjang sm2
tgh dk main la,apsal la ko ngok sgt