Aku makan nasi minyak. Bukan aku punya. Nasi minyak majlis walimah kawan aku. Aku makan banyak sebab sedap. Aku makan dengan lahapnya.

Majlis Walimah Umei

Aku jumpa Zai, Dieha, Naza, Niza, Ayeen, Ckin, Fadil, Rahimi & Haris. Maaf sebab ada yang aku tak kenal. Selamat berbahagia kepada Umei & Zalisham. Semoga kebahagiaan berkekalan sehingga akhir hayat.

Aku pernah tengok dokumentari ini. Hasil air tangan produksi BBC. Sangat berkualiti. Penuh informasi. Dokumentari berkenaan kehidupan manusia. Dari lahir hingga akhir. Dari sebesar titisan air hingga sesempurna kejadian. Dari nafas pertama hingga degupan terakhir.

Dokumentari tersebut memutuskan bahawa tujuan utama kelahiran manusia adalah untuk meneruskan kitaran hidup. Memanjangkan generasi. Melahirkan, memelihara dan melihat perkembangan hidup generasi yang berikutnya. Tugas selesai apabila sakaratul maut menjemput.

Aku setuju. Manusia lahir untuk menjaga manusia lain. Manusia lahir untuk mentadbir kehidupan manusia lain. Manusia lahir untuk menyambung hayat manusia lain. Menjaga susur galur salasilah keturunan. Menjamin kesinambungan generasi akan datang.

Aku tahu. Hampir semua manusia akan melaluinya. Mungkin ada yang terlepas. Mungkin ada yang tiada jodoh di dunia. Tapi hampir kesemua manusia bakal menemui pasangan dunianya. Pasangan dari dunia asing. Dunia yang lain. Menyatu membentuk satu. Dunia baru yang satu. Niat untuk menyambung ikatan generasi yang baru. Melahirkan satu keturunan yang baru. Itu aku tahu. Itu aku setuju.

Aku juga bakal melaluinya. Dalam debar aku harus melaluinya. Menerima insan dari dunia asing. Menerima dengan hati terbuka. Menerima kelemahan dan kelebihan. Menerima segalanya.

  1. nod says:

    zabil pon nak kawen ke?? bila? wahh ramai gak yg dtg kat kenduri kak umie ni.. saya datang gak.. tapi awal kul 1 lebih dah balik.. tak dpt nak tunggu member yg lain..

    mystrique : 

    Nak kawen. Ya. Bila? Tak confirm lagi.

  2. aicomei says:

    yeahh….brother zabil dah nak melaluinya ek?? jangan lupa jemput bila nak jamu nasi minyak tu ek?? hehehe

    mystrique :

    InsyaAllah saya tak lupa jemput. Makan free kena ramai2, ye tak? :P

  3. Elyana says:

    Assalamualaikum..

    Tahniah encik Ahmad zabil Albar atas pertunangan anda..lawa bakal isteri..;-)..semoga cepat-cepat kawin…jgn lupa jemput warga shukur yerk..

    mystrique

    Wa’alaikum salam. Mak ai, nama dihafal sepenuh-penuhnya. InsyaAllah, semua dijemput membedal nasi kenduri yang dibelanja.

  4. faent says:

    Yg tudung hijau tu namanya Jenny ke ?

  5. Zulianah Gumpitai says:

    Ader saper² yang kenal ker?