Ada suatu hari. Aku belah. Aku pergi membeli. Aku pergi membeli-belah. Aku pergi pasaraya super-mega-ultra besar. Kejang urat kaki aku saei dari hujung pintu sampai hujung pintu satu lagi. Aku rasa macam nak membeli-belah sambil naik kuda. Biar kuda aku yang kejang urat kaki.
Aku terpandang sesuatu. Pandang yang sekali. Aku suka. Aku beli. Aku beli sebab aku rasa murah. Ini yang aku beli.

Ini yang aku bayar.

Aku gagal mengunakan fungsi deria penglihatan dengan berkesan. Aku gagal mengguna otak kiri untuk menterjemah bahasa dengan betul. Aku ikut nafsu. Orang kedekut kadang-kadang rugi. Rugi yang sekali. Aku janji. Lain kali tak buat lagi. Lain kali aku baca tiga kali. Aku harap orang lain juga baca banyak kali.
Iklan keliru. Ini contoh iklan yang mengelirukan. Menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan di atas kelekaan. Aku terleka. Teruja dengan harga rendah. Zahir murah, batin mahal. Tapi aku belajar. Belajar untuk lebih peka dengan muslihat syarikat yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Menghukum pengguna yang terleka seperti aku. Syarikat itu jahat. Cis!
Aku rasa ingin mengadu. Tapi aku tak pernah mengadu. Dimana aku perlu mengadu? Bagaimana perlu aku mengadu? Adakah aduan aku akan diadu? Atau aduan aku cuma akan beradu? Aduuu… sss…

hehehehe….
sian dia… next time baca baik-baik ye nak…. jangan tertipu lagi yea…
wakakakaka…..lawak btol la ko nieh!!!!
ler .. itu dia kata rm11.80 punya produk tu dia kasi free. bukan kesemuanya harga rm11.80 …
mystrique :
Itulah, masa nak beli tu otak aku memberi arahan produk ini berharga RM 11.80 kerana gambar harga tu yang paling besar berbanding harga sebenar yang tersorok. Beli di pasaraya besar, harga dipamerkan di rak, bukan di barang. Tapi tak takpe, lepas ni tak mungkin aku terpedaya lagi. Harap-harap la…
we ke ke..aku pon penah terkena baru lagi…kat Gia_t. beli Koolfever…free salonpas worth RM4.50…aku ingat harga dia RM4.50 utk 6kpg Koolfever..rupanya RM12 ++ dah la amik sampai dua…..