Blacy Bluek

Bosan dengan persekitaran suram komputer anda? Meh aku nak kongsi sesuatu yang comel. Sesuatu yang ceria. Sesuatu yang hitam melekat. Ikon comel untuk pengguna WinXP, dan yang paling penting ianya PERCUMA! Heheh…

Ikon ini boleh diperolehi secara percuma di www.rokey.net. Muat turun ikon hitam comel di sini. Fail ikon ini adalah dalam format .ico. Untuk menjimatkan saiz fail, kesemua ikon ini telah dikumpulkan dan dipadatkan (compress) ke dalam satu fail zip. Untuk memerah (extract) fail ini ke bentuk asal sila klik kanan dan pilih Extract All. Penerangan lanjut boleh dibaca di sini. Sebaik-baiknya simpan fail ikon ini di dalam folder My Pictures di dalam folder My Documents bagi memudahkan proses pencarian semula.

Setelah selesai proses di atas, anda boleh menggunakan ikon-ikon tersebut untuk menceriakan suasana persekitaran komputer anda. Anda boleh mengubah pintasan (shortcut) atau folder seperti gambar di bawah.

My desktop icons

Untuk mengubah ikon folder, right click dan pilih properties, pilih tab customized dan seterusnya pilih change icon. Browse ke lokasi fail yang telah dimuat turun dan seterusnya pilih ikon yang digemari.

Untuk mengubah shortcut adalah lebih mudah, right click dan seterusnya pilih change icon. Seterusnya browse ke lokasi fail dan pilih ikon. Itu saja.

Ikon WinXP kebiasaannya bersaiz 32×32 pixel. Untuk mengubah saiz ini sila rujuk arahan bergambar di bawah. Saiz yang paling sesuai ialah 48×48 pixel.

Increase WinXP icon size

Semoga hari anda akan lebih ceria dengan kehadiran si hitam comel ini. Sememangnya hitam itu menawan.

  1. wassini says:

    salam….
    dah try d/load byk x….nape dia save dlm zip file?
    x tau la nak bukak…sedey wooooo……sob…sob…

    mystrique :

    Sabar, sabar. Maaf sebab tak sempat nak kemaskini maklumat lagi. Nanti saya masukkan kaedah yang lebih terperinci lagi.

    Terkini : Saya dah kemaskini sedikit berkenaan cara untuk memerah (extract) fail zip tersebut. Harap dapat membantu. Maaf kalau saya tersalah guna istilah “compress & extract file” jadi “padat dan perah fail”. Lucukan? Tapi itu istilah paling hampir yang dapat saya fikirkan. :P

  2. wasini says:

    hehehehe….makasih yea….ari ni dah bertukarla icon2 br kat pc tuh….x derla buring lg..

    mystrique :

    Sama-sama.

  3. faent says:

    Yeay. saya pun nak download juga. Thanks