Aku suka memintas. Cara pintas. Cara paling cepat untuk menyelesaikan kerja tanpa mengorbankan kualiti akhir. Aku ada bermacam cara memintas. Aku memintas sebab aku pemalas. Aku mahu jadi pemalas pintar pintas.
Setiap hari aku mengadap komputer. Mata aku mesra skrin monitor. Jari aku mesra papan kekunci. Tangan aku mesra tetikus. Bukan tikus. Aku sememangnya pasangan sejoli komputer. Pasangan bahagia. Tapi aku masih ingin memintas. Ada beberapa perkara yang aku tidak suka dengan komputer aku. Aku perlu buat sesuatu.
Aku tak suka kekunci F1. Kekunci bantuan. Kekunci yang kalau ditekan akan memaparkan laman bantuan. Aku tak suka sebab aku malas menunggu. Aku perlu tunggu laman yang aku tak sengaja buka. Masa aku terbuang kerana terpaksa menunggu sesuatu yang aku tak sengaja. Tertekan. Aku sunguh tak suka.
Seperti biasa, aku menggoogle. Encik Google menjawab pantas. Gunalah perisian percuma ini. Namanya KeyTweak. Muat turun perisian iniĀ dan guna dan berterima kasihlah kepada pengarangnya, penciptanya dan penulis kodnya yang telah memberikan perisian ini secara percuma.
Aku guna perisian ini untuk menukar fungsi F1 kepada fungsi delete. Jadi aku pintas kekunci F1 yang sering mencuri masa aku dan gantikan dengan kekunci delete yang terletak jauh tersorok ditengah-tengah kekunci lain. Kekunci yang dahulunya terlindung kini lebih senang untuk dikesan dan diguna. Aku hanya perlu guna jari hantu tangan kiri untuk mencapainya. Tiada lagi gangguan skrin bantuan yang aku tak sengaja tekan. Sekarang baru aku suka.

Aku ada banyak lagi cara memintas. Aku akan kongsi semuanya di sini. Nantikan Siri Pintar Pintas yang seterusnya. Nantikan semuanya.

hmm…idea yang bagus…tapi sesuai utk pc yang ada internet connection laa…pc ai kat opis takde internet connection.. dan pc kat opis tu selalu diawasi oleh orang technical.. so, tak leh nak masukkan software yang takde kaitan… leceh tul.. hehehe