Aku pernah baca buku Azizi Ali. Buku jadi jutawan. Azizi Ali seorang jutawan. Ada duit berjuta-juta. Aku juga nak jadi jutawan. Jadi Azizi Ali. Ada duit berjuta-juta. Tapi aku tak mungkin jadi jutawan kalau aku cuma ada jutaan angan-angan jutawan. Angan aku perlu jadi tindakan.

Dalam buku Azizi Ali, ada sebut mengenai rekod aliran tunai. Jumlah perbelanjaan setiap bulan. Rekod setiap ringgit yang mengalir. Masuk ke poket atau habis dirempit. Azizi ajar guna jadual aliran tunai keluar masuk. Aku pernah buat jadual sebegitu. Aku guna Microsoft Excel.

Malangnya aku pemalas. Aku malas menunggu untuk membuka fail Microsoft Excel itu. Aku terpaksa tunggu lama. Aku juga terpaksa terkial-kial mencari sel yang perlu diisi. Semua itu membuang masa dan membosankan aku yang pemalas ini. Aku cuba cara lain.

Hampir dua bulan aku mencuba cara ini. Bermula dari tahun baru. Setakat ini belum ada tanda-tanda penyakit kemalasan aku menyerang semula. Setiap hari aku kemaskini. Setiap hari aku ingatkan diri aku untuk mengemaskini laporan ini. Aku suka cara ini.

Aku guna fail teks biasa. Aku guna Windows Notepad. Aku tak perlu perisian lain. Perisian yang serba canggih dengan arahan berjela-jela. Cukuplah Notepad yang serba ringkas dan boleh dibuka sekelip mata. Aku tak perlu tunggu lama-lama. Aku suka cara ini.

Berikut adalah contoh sebahagian isi kandungan aliran tunai aku. Ringkas dan mudah. Padat dan pantas.

Kurang Lebih - Rekod Aliran Tunai

Jumlah harian adalah jumlah perbelanjaan untuk hari tersebut manakala jumlah terkumpul adalah jumlah keseluruhan sehingga hari terakhir rekod dibuat. Aku juga menyimpan fail mengikut nama bulan iaitu satu fail teks untuk bulan Januari dan fail teks lain untuk bulan Februari dan begitulah untuk bulan-bulan berikutnya. Aku namakan fail tersebut dengan nama yang mudah diingat serta disusun mengikut nombor. Sila rujuk gambar di atas untuk penamaan fail.

Kalau nak senang, simpan fail ini dalam thumbdrive, pendrive atau apa-apa drive yang sama waktu dengannya. Mudah untuk dikemaskini kerana saiz fail yang kecil dan boleh dibuka oleh mana-mana komputer. Sekiranya merasakan bahawa maklumat tersebut adalah sulit dan orang lain tak perlu tahu, fail tersebut boleh dimampatkan (zip) dan diletak kata laluan (password). Sangat mudah. Sangat senang. Aku yang pemalas ini pun boleh buat, apatah lagi orang-orang rajin di luar sana.

Kini, setiap hujung bulan aku tahu kedudukan kewangan aku. Aku boleh banding dengan gaji yang aku terima. Aku tahu sama ada aku kurang atau aku lebih. Setakat ini sudah dua bulan aku kurang. Kurang yang terlampau. Kurang yang bersebab. Kurang yang ada makna. Aku kena lebih berhati-hati semasa berbelanja. Aku perlu mengatur langkah agar lebih waspada. Aku juga mahu ramai lagi manusia berwaspada. Nafsu berbelanja sememangnya sangat merbahaya. Cegahlah sebelum parah.

  1. aicomei says:

    Assalamualaikum…

    Emm…bagus ada perbelanjaan aliran gitu.. tak terpk plaks nak buat utk harian… setakat nie selalunya ada yang bulanan sebab buat satu file Excel bersama-sama suami..kat situ dia yang sediakan template..ai cuma isikan bahagian yang perlu ai masukkan… hehehe… cumanya kalau nak buat secara harian.. awak masukkan sekali ke belanja2 kecik seperti beli aiskrim ke… beli gegula ke… tu kira perlu masuk ke dalam penyata harian??

    mystrique : Wa’alaikumsalam,

    Kaedah merekodkan perbelanjaan tu bergantung kepada situasi individu. Memandangkan separuh hari saya mengadap komputer, maka adalah lebih baik proses pengemaskinian dibuat setiap hari. Yang penting ialah untuk menjadikan aktiviti ini sebagai rutin. Kalau hari ni buat, esok tak buat lepas tu lagi 3 hari baru buat, baik lupakan saja.

    Kalau nak buat bulanan pun boleh tapi rasanya itu hanya melibatkan perbelanjaan besar sahaja kecuali ada kekuatan mental yang sangat luar biasa untuk mengingat kesemua perbelanjaan yang dibuat sepanjang bulan tersebut. Yang penting ialah merekodkan perbelanjaan kerana pada setiap akhir bulan kita tahu status kita sama ada terlebih joli atau ada lebihan untuk disimpan.

    Sebenarnya memang setiap hari saya masukkan apa sahaja nilai duit yang keluar untuk hari itu, termasuklah duit doploh sen yang terjatuh dari poket dan tergolek masuk longkang besar. Betul nih, tak tipu. :)

  2. aicomei says:

    Emm…menarik… insya Allah bolehlah ai ikut style awak… boleh kan?